Agak lama juga tak menulis di sini, rindu pulak rasanya. Kali ni nak tulis pasal reunion dengan kawan-kawan Sekolah Menengah Batu Kikir....jembatan bosi hehe... Dulu datang sekolah ni masa Tingkatan 2 selepas arwah abah meninggal dari Sekolah Menengah Ghaffar Baba, Masjid Tanah, Melaka. Ingat lagi saat tu...cikgu BI, cgu Rashid pujuk agar tak payah pindah...agaknya beliau begitu simpati dengan pemergian arwah abah...tq cikgu..
Agaknya saya ni memang jenis peramah dan cepat mesra, lantaran itu mudah dapat ramai kawan dan cepat merasakan keseronokan bersekolah di sini. Semasa di tingkatan 3 ingat sangat dengan nama-nama sahabat seperti Rosmawati Mohd. Razi, Lia Jamaliah, Zaiton Ramli, Minah Ibrahim, Siti Sara, arwah Norhayati Baharum. Masa ni dah mula ada secret admire...dan dapat surat haha...
Naik form 4 dapatlah kelas aliran sains, 4SJ! Aduhai kawan-kawan masa Tingkatan 4 dan 5 nilah yang buat kehidupanku lebih menyeronokkan sebab terlalu banyak kenangan-kenangan manis, pahit, masam, kelat dan macam-macamlah. Sedikit demi sedikit pengalaman hidup ini mengajar dan mendewasakan kitakan. Lepas spm 1982 lama rasanya tanam anggur haha....zaman kemelesetan ekonomi rasanya masa tu. 1987 baru dapat masuk kursus kejururawatan di Klang dan menjalani praktikal di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Begitu mencabar dan betapa mahalnya pengalaman tersebut. Tiba-tiba lepas 7 bulan menjalani kursus, dapat surat panggil ujian bertulis untuk masuk maktab perguruan. Memang tengah sibuk dengan persediaan nak menjalani peperiksaan 'nursing' jadinya rasa malaslah nak pergi jalani ujian itu. Namun berkat nasihat kakak sulung yang nama Maznah tu...ayat keramatnya..." Inilah peluang terakhir...kalau engkau nak mencuba nasib di bidang perguruan yang engkau minat sangat tu.... Lepas ni memang tak da dah peluang...". Akhirnya kakak buat telegram...nenek sakit, sedangkan nenek dah lama pun meninggal dunia. Akhirnya...dapat pulak masuk Maktab Perguruan Ilmu Khas dalam bidang muzik dan jadilah cikgu sampai sekarang. Itulah takdir namanya...tak siapa pun mampu menolaknya....kan.... Terima kasih Tuhanku.
Sebenarnya telah terlalu lama kawan-kawanku berhajat untuk merealisasikan reunion ini....rasanya telah beberapa tahun merancang, namun baharulah dapat dilaksanakan pada tarikh 7 Jun 2014 bersamaan hari Sabtu kelmarin. Betapa sedihnya kerana pada awal-awal lagi suami tidak memberikan keizinannya untuk menyertai reunion ini. Namun secara kebetulan pula anak perempuanku telah mendaftarkan diri memasuki UITM cawangan Kuala Pilah di Beting. Kebetulan pada Sabtu itu saya akan ke Kuala Pilah untuk mengambil anakku pada cuti hujung minggu itu lalu suami pun memberikan pula keizinannya untuk singgah ke majlis tersebut....alhamdullillah. Seramai 81 kawan-kawan yang telah turut serta memeriahkan majlis ini....betapa seronoknya dapat bersua semula kawan-kawan yang telah terpisah selama 32 tahun. Namun masih ada beberapa sahabat yang telah mendaftarkan diri tetapi tidak dapat menghadirkan diri....kalian tetap terpahat di penjuru sanubariku...percayalah... Terima kasih pada ahli jawatankuasa iaitu sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus mengusahakan program ini.... Semoga pertemuan ini tidak terhenti di sini malahan dapat diteruskan dengan pertemuan kedua dan seterusnya...insyaallah...
No comments:
Post a Comment