Saturday, 16 March 2013

Resepi Butter kek bluberry and cheese.

Asalamualaikum.....

Salam siaran, hehe....dah lama rasanya tak menulis kat sini.....alaa...sibuk skit hehe...  Semalam ada buat
kek.  Semasa dalam perjalan balik dari sekolah, singgahlah kedai beli ikan dan sayur serta pisang .  Rasa dah lama sangat nak makan kek pisang air tangan sendiri.  Namun masa anak lelaki bongsu tu makan pisang tu....tak sampai hati nak tegur sbb dia memang suka buah pisang hehe....  sampai habis sesisir dimakannya...haha....walhal utk buat kek tu nak guna dalam empat/lima biji jerr....kelakarkan....anak-anak kita nii....  Bila dah tak ada pisang tu.....anak perempuan minta buat kek cheeselah pulak.  Tapi fresh krim dah kehabisan...so reka-rekalah kek ikut bahan-bahan yang ada.  Akhirnya jadiklah kek butter yang dicampur cheese dan biasanya kalau ada cheese sedap jika dicampur blueberry ni....campur pulak dengan bluberry...haha...  Bolehlah kalau kawan-kawan nak resepi ya...tapi ini bukan cheese kek ya....asasnya butter kek.

Resepi Butter kek bluberry and cheese



BAHAN2NYA:

Buttercup sebuku 250g
Gula aising 200g
Tepung gandum 200g
Baking powder satu sudu kecil
Telur 6 biji (asingkan dan putihnya dipukul sampai betul2 kembang/merengue)
esen vanila 1 sudu kecil
cream cheese 250g
Bluberry  4 sudu/5 sudu

Cara Membuatnya:

1.  Pukul butter perlahan, masukkan cream cheese dan pukul perlahan.  Kemudian gula aising dan pukul lagi.
2.  Dalam bekas lain asingkan putih telur dan kuningnya.  Pukul putih telur sampai betul2 kembang.
3.  Ambil adunan butter tadi masukkan kuning telur sedikit-sedikit dan pukul perlahan.
4.  Ayakkan tepung bersama baking powder dan masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan butter serta
     gaul dengan speed perlahan sampai tepung habis.
5.  Kemudian masukkan putih telur yg telah dipukul tadi segera dalam adunan tepung juga sedikit-sedikit gaul
     rata.
6.  Akhir sekali masukkan esen vanila...gaul rata serta bluberry (jgn gaul rata biar terasa bluberrynya)
7.  Lanserkan loyang dengan butter dan tabur sedikit tepung baru tuang adunan.
8. Boleh letak sedikit bluberry di atas kek sebagai hiasan dan corakkannya.
9.  Bakar dengan suhu 80 darjah celsius.



PETUA:  i.  Semasa nak kembangkan putih telur/merengue pastikan besi pemukul betul-betul
                   bersih dan kering, termasuk bekas/mangkuk yang hendak digunakan.
              ii.  Kalau rajin kek ini memang sedap kalau di letak topping dengan  fresh krim /
                  whipping cream.

P/S:  Selamat mencuba ya....



1 comment: