Friday, 30 May 2014

Gulai Lemak Cili padi Telur Itik

Asalamualaikum....  Dah lama janji dengan seorang sahabat nak tuliskan resepi nih.  Minta mahap ya....sebab dah lewat sangat pun menulis resepi ni di sini....harap sahabat tu tak marah ya...tq!...hehe...

Resepi ni saya tulis sendiri tau...biasalah tak ceduk dari mana-mana blog resepi sebab di blog ni semua resepi adalah mengikut cara saya sendiri.  Resepi ni memang mengikut resepi yang mak ajarkanlah.  Biasanya telur itik dimasak gulai dengan belimbing buluh atau daun asam gelugur atau pucuk ubi.  Kalau belimbing buluh tu...hendaklah dibelah dua dan perahkan sedikit air agar tidak terlalu masam.  Kalau daun asam gelugur seperti biasa, hendaklah dihiris, ramas dengan garam kasar dan masukkan dalam gulai setelah kuah betul-betul masak.  Kali ni saya nak tulis resepi gulai telur itik campur pucuk ubi...iaitu resepi kegemaran mak sayalah...

RESEPI GULAI TELUR ITIK



BAHAN-BAHANNYA:-

1 biji kelapa- perah santan sahaja
7 biji telur itik
30 biji cilipadi kampung
2 ikat daun pucuk ubi-ambil daun lembut sahaja
1 ketul kunyit hidup
1 keping asam keping
1 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
sedikit garam

CARA-CARA MEMBUATNYA:-

1.  Perahkan santan 4kali

2.  Blenderkan cilipadi bersama kunyit ketul yang sederhana besar.

3.  Masukkan santan, cilipadi dan kunyit yang telah diblenderkan ke dalam kuali.

4.  Masukkan juga asam keping, ikan bilis, bawang besar hiris dan garam lalu masakkan dengan api
    yang sederhana.

5.  Setelah kuah betul-betul masak dan terbit minyak.  Perasakan garamnya.

6.  Pecahkan telur itik dan jarakkan kedudukan telur agar tidak melekat, kecilkan sedikit api.

7.  Biarkan beberapa minit masukkan pucuk ubi yang lembut di celah-celah telur sambil
     benamkan daun tersebut ke dalam kuah.  Biarkan dalam 10 minit sampai daun agak masak
     tapi jangan terlalu layu dan tutupkan api.



P/S:  Petua mak ya....sebelum pecahkan telur....bersihkan telur itik dengan hampas kelapa
        agar telur benar-benar bersih dan tiada apa kekotoran terjatuh ke dalam gulai kita...
        Selamat mencuba...!






No comments:

Post a Comment