Sunday, 7 April 2013

Nasi Briani and Ayam Masak Beriani

Asalamualaikum...  Apa khabar kawan-kawan.  Hari ni rasa rajinlah pulak nak menulis kat sini....hari minggu nii...  Biasanya mesti nak keluar jalan-jalan dengan famili tapi... memandangkan exam dah dekat sangat...tak bolehlah...  Kena duduk rumah je...lah... nampaknya.  Jadi nak hilangkan rasa boring tu...nak tulislah resepi nasi beriani ni.  Sebenarnya Jumaat yang lalu hari jadi anak perempuan saya.  Biasanya saya akan makan- makan di luar untuk celebrate, tapi masa suntuk...semua ada agenda masing-masing nak buat...tak nak keluar so suami hanya belikan kek aiskrim sahajalah dan semalam belanja makan pizza, hari ni pulak rasa nak masakkan anak-anak nasi beriani.  Tadi ada kawan pulak telefon dan minta masukkan kat fb resepi nasi beriani nii...so dah janjilah pulak...kenalah tulis kan...kan.... 




Maaflah...saya ni peminat rempah beriani dari Johor.  Ada kakak sulung duk di Batu Pahat, adik lelaki duk kat Kempas, Johor Baharu so kalau terjebak ke Johor tu...mestilah  singgah dan beli rempah-rempah ni buat stok,  samada kat Batu Pahat/Muar....memang best....hehe...  Kalau tak da rempah tu bolehlah guna rempah beriani ADABI ya.

RESEPI AYAM BERIANI

BAHAN-BAHANNYA:

seekor ayam 
2 senduk rempah beriani 
susu cair 1/2 cawan
2 biji bawang besar  hiris
2 biji tomato 
7 iji cili besar hijau dibuang biji dan kerat 
15 tangkai cili kering 
5 ulas bawang putih 
2 inci halia 
1 senduk tomato puri
1 cawan yougart , daun ketumbar
1 caw minyak
1 1/2 caw air
cili kering blender 2 senduk (jika suka pedas)
penumis (kulit kayu manis dan 4 sekawannya)
air asam jawa, garam, gula secukup rasa
Bahan utk goreng ayam:   kunyit ketul 3 inci, bawang putih 3 ulas, halia 1 inci dan serai hiris (bhg yg putih), serbuk rempah kari 1 sudu besar, serbuk lada hitam skit serta garam

Cara Memasak:-

1.  Basuh ayam dgn asam jawa campur tepung, rendam 20 min dan toskan.
2.  Bahan utk goreng ayam kunyit ketul, bwg putih, serai hiris dan halia blender dgn skit air 
     dan gaulkan dgn ayam beserta serbuk rempah kari serta serbuk lada hitam dan 
     garam.  Goreng separuh masak sahaja ya.
3. Cili kering, cili hijau, tomato diblenderkan bersama dan 
     gaulkan dengan rempah beriani, susu cair....gaul rata.
4.  Panaskan 1 cawan minyak (guna minyak goreng ayam je..), tumiskan   
     bahan penumis 4 sekawan, kismis, rempah yg telah digaul dgn bahan2 yang diblenderkan, tomato puri, skit susu cair dan garam.  kacau rata dan kacau selalu sbb takut hangit.
5.  Masukkan ayam yg telah digoreng separuh masak tadi....kacau rata.
6.  Masukkan sebiji bawang yg dibelah 4, sebiji tomato hiris serta 
     air asam jawa, perahan limau dan gula 1 sudu kecil/madu (jika ada), kismis skit serta air 1      1/2 cawan.
7.  Masak sampai terbit minyak atau kuah pekat, perasakan garam. Kemudian taburkan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.

p/s:  SETELAH MASAK LAUK BAHARULAH TUMISKAN NASI YA....





RESEPI NASI BERIANI

BAHAN-BAHANNYA:-
1 kg beras moghul,  basuh bersih dan rendamkan sebelum mula masak lauk.
2 biji bawang besar hiris
1 inci halia hiris
3 ulas bawang putih hiris
penumis 4 sekawan....kulit kayu manis,cengkih, bga lawang dan buah pelaga.
1 senduk rempah beriani 
2 senduk Buttercup/planta campur skit minyak goreng ayam 1 senduk
segenggam/1 kotak kecil kismis 
1/2 caw susu cair
daun pandan
bawang goreng
pewarna kuning telur/kaskas (susah nak carik...)

Cara Memasaknya:


1.  Beras tadi dah basuh dan rendam sekejap ya.....
2.  Panaskan butter dlm periuk,  campur skit minyak goreng ayam tadi dan tumiskan 
     penumis 4 sekawan.
3.  Masukkan bawang besar hiris, halia dan bawang putih tumbuk, kacau sampai bangkit bau...
4.  Masukkan rempah yg digaul dengan susu cair, daun pandan, kismis, garam...
5.  Kacau selalu, setelah rempah terbit minyak dan wangi masukkan 6 cawan air untuk beras       5 cawan.
6.  Setelah mendidih masukkan beras, jgn masuk pulak air rendaman beras ya...
7.  Setelah masukkan beras, tutup periuk sampai nasi masak separuh masak/hampir
     masak.  angkat periuk.
8.  Salin nasi tadi dalam bekas lain.
9.  Tadi guna periuk (rice cooker). Masukkan sebahagian nasi yg separuh masak, ratakan.
10 TUANG SUSU CAIR skit, titikkan skit pewarna kuning, letakkan pula lauk yg dah masak 
      tadi dlm 4 ketul dgn skit shj kuah, separuh  hirisan tomato, hirisan daun ketumbar dan 
      bawang goreng.
11 Masukkan nasi yg baki tadi kesemuanya dan ratakan.....
12 Sama cara di atas...TUANG SUSU CAIR SKIT, titikkan skit pewarna kuning, masukkan 
     lauk dalam 4 ketul dgn skit kuah, hirisan lagi separuh tomato, hirisan daun ketumbar, 
     dan bawang goreng.
13 Akhir  sekali tutup semula periuk dan masak semula...sampai nasi betul2 masak.

P/S:  Memang mencabarkan nak masak nii....tapi memang sedap tau....

Ok untuk sayur yg termudah.....  Guna nanas separuh, timun sebatang, bawang besar sebiji  cili hijau sebiji, garam dan gula skit.  Apa lagi...buatlah sayur jelatah.
Nanas dan timun hiris nipis dan kecil-kecil.  Bawang besar pun hiris halus.  Cili hijau buang biji dahulu dan hiris halus masukkan sedikit garam dan gula gaul rata.  Buat sayur ni sebelum mula masak lauk dan simpan dlm peti sejuk ya....mudah je....




P/S:  Jangan lupa ya....gorenglah popedom sekali....hehe...dan simpan dlm tupperware.

















8 comments:

  1. salam,kak rahimah,kalau modified gune beras biase boleh dak?hi3

    ReplyDelete
  2. salam,kak rahimah,kalau modified gune beras biase boleh dak?hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...boleh je. Kak Imah pun biasa je masak nasi beriani guna beras tajmahal sbb tak sempat nak gi beli beras moghul tapi hbby kalau beli beras moghul tu beli terus paket yg 5kg. Senang nak masak ya hee...tq.

      Delete
  3. Xsesedap n rupa pun xsama mcm beriyani..maaf ltg jwb

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Boleh tengok entri Nasi dan Daging Beriani (Style Johor) ya dikk...
      Selamat memasak...In sha Allah sedap.

      Delete
  4. Kak dah buat eksperimen..Memang kurang sedap guna beras biasa. Untuk jaga kesihatan pulak kak pernah guna beras tajmahal, tapi beras macam susah kembang. Jadi macam tak sempurna masak sbb beras tajmahalkan patut kena letak air banyak.Takut lak nasi lembik so eloklah pejam mata....beli je beras moghul Faiza tu ya...hehe... Sukat air sama banyak dgn beras, masaknya sempurna..

    ReplyDelete
  5. sy kurang skit dgn briyani ni..time2 khenduri khawin boleh lh....haha..

    ReplyDelete