Asalamualaikum....salam siaran, salam ceria, salam mesra...hikhik...
Apa khabar kawan-kawan... Dah lama sangat tak jumpakan...miss uols... Tak nak panjang citerlah ya... Tengah bercuti sekolah selama seminggu nihh....sempena perayaan Deepavali....pesta cahaya... Dulu masa baru-baru duk Taman Sri Andalas nii....bila raya Deepavali, jiran-jiran yang sebelah kanan dan kiri rumah akan beri kuih raya mereka sedulang kecik...hikhik... Seganlah pulak nak pulang bekas kosong dan biasanya buatlah kek sebiji dan isi dulang kecik tu dengan kuih kek butter tu...or marble kek...
Cuti-cuti sekolah biasanya anak-anak suka nak makan dan mengunyah jerr....kan.. Jadi kenalah rajin ke dapur ya.... Mereka tu....buat chekodok bawang pun jadik jerr....kan... Tak pun lempeng kosong cecah kuah kari ayam... Kat sini nak kasilah resepi puding biskut marie ni yang budak-budak kecik memang suka sangat sebab rasa coklat tu ya....dan mudah sangat nak menyediakannya, tak sampai pun 15 minit...dah siap... Yukk....selamat mencuba ya...
RESEPI PUDING BISKUT MARIE
BAHAN-BAHANNYA:-
1 paket biskut marie - perasa biasa
1 paket Milo - yg 200g
3/4 susu pekat dari 1 tin susu
1 buku buttercup - 250g
CARA2 MEMBUATNYA:-
1. Terlebih dahulu biskut marie dibelah 4 kesemuanya, jangan sampai pecah.
2. Sediakan kuali dan buka api perlahan sertakan senduk kayu.
3. Masukkan buttercup dan terus masukkan susu pekat. Kacau rata sambil biarkan butter cair.
4. Masukkan pula Milo serta kacau sampai adunan sekata sebati dan rata masaknya.
5. Akhir sekali masukkan biskut marie yg telah dibelah 4 tadi kesemua dan gaul rata agar
kesemua biskut disaluti coklat.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan cuba padatkan perlahan tanpa biskut pecah dan
bekukan dalam peti sejuk.. Setelah keras bolehlah dipotong ya...
P/S: Kalau suka boleh ditambah skit perasa kopi dgn cara masukkan sedikit serbuk nescafe...untuk
elakkan rasa terlalu manis bolehlah kurangkan skit susu pekat..
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment