Salam...., bertemu kembali kita di sini. Hari nii...nak tulis resepi sup cendawan berkrimlah... Saya selalu tercari-cari resepi yg berat yang mengenyangkan selain nasi....dan lauk-pauk. Ya...lah.. Kadang-kadang bosan selalu masak nasi jer.. Selain mi goreng, bihun goreng, nasi goreng... saya terjumpalah resepi nii...dan cuba ubah suainya utk resepi keluarga. Memang tak mengecewakan, anak dan suami suka sangat. Yang seronok tu rakan-rakan kat sekolah pun suka dan ramai yang ambil resepi ni.. Ada yang guna sebagai salah satu juadah semasa open house Hari Raya, sbb cara penyediaannya yang mudah dan ringkas.
Asalnya resepi ini di gandingkan dengan roti Arab yang dibuat sendiri, tapi...lecehlah nak buat roti arab tu, so saya tukarnya makan dengan roti perancis yang disapu ' garlic butter' dan dibakar sekejap....sedap juga. Suatu hari masa buat sup ni, malas nak gi pasaraya dan beli roti perancis tu, cubalah pula guna roti burger yang disapu garlic butter tu dan bakar sekejap, tak sangka....lebih sedap rasanya, sbb lebih lembut dan tepinya garing selepas dibakar. Dan akhirnya saya guna pula roti gardenia baru yang ada bijan tu....alamak....lagilah sedap. Lantaran itu...janganlah tak cuba...ya...resepi ni, rajin-rajinlah sikit....hehe.... Selamat mencuba...
*Roti bawang putih yg telah siap dibakar*
*Roti bawang putih yg telah siap dibakar*
BAHAN2NYA:-
200g isi ayam-potong dadu
3 ulas bawang putih
1 ulas bwg besar cina
250g buttercup ( tak termasuk utk roti bakar)
1 tin cendawan butang-hiris nipis
240g tepung gandum/ 1 cawan
1 ½ liter air (1 botol air mineral yg besar)
500ml susu segar
1 ketul kiub ayam knorr
Garam,lada sulah secukup rasa
CARA2 MEMBUATNYA
1.Panaskan butter-cair
2.Tumiskan bawang besar, bwg putih, ayam dan separuh dpd cendawan
3.Masukkan pula tepung dgn diselang-selikan dgn air, kacau rata agar tepung tak berketul.
4. Didihkan, kemudian sejukkan dan kisar/blenderkan jgn terlalu halus.
5. Tuang semula dlm periuk, masak semula dan masukkan susu segar, kiub ayam knorr, lada sulah, skit garam dan didihkan. Pastikan ianya tidak terlalu pekat dan terlalu cair, jika terlalu pekat tambahkan skit air.
Resepi mentega bawang putih/'garlic butter'
1 buku buttercup, 3 ulas bawang putih yg ditumbuk halus dan campur sedikit 'pizza
seasoning' dan dikacau rata... Sapukan butter tu pada roti dan bakarkan sekejap.
Kalau tak da pembakar roti, gunakan kuali dan goreng sekejap tanpa minyak roti-
roti tersebut....sebelum dimakan dgn sup. Selamat mencuba....
Kalau tak da pembakar roti, gunakan kuali dan goreng sekejap tanpa minyak roti-
roti tersebut....sebelum dimakan dgn sup. Selamat mencuba....
*Sup cendawan berkrim dan paket roti Gardenia Bonjour *
No comments:
Post a Comment