Wednesday, 5 December 2012

Kek Karot Oren


Salam siaran kawan-kawan....,

Apa khabar, di entri yang lepas saya ada nyatakan nak beri resepi kek karotkan juga kek coklat moist.  Insyaallah...kek coklat moist akan menyusul kemudian nanti ya....

Nak tau tak kek karot saya ni asalnya dapat resepi dari seorang kawan, tapi bila masak anak-anak tak suka pula, mungkin saya rasa sebab ada serbuk kulit kayu manis dalam kek tu.  Jadinya saya tukar resepi ni dengan menambahkannya orange paste, susu pekat, dan madu.  Suami pun suka sangat, terutamanya sebab kek karot ni guna minyak jagung jadilah menu yang sihat.  Kek nii....unik skit kerana teksturnya tak macam kek sangat dan ala-ala puding, memang sedaplah kalau buat untuk minum petang.  Kalau anak-anak kita tu susah sangat nak  makan sayur, eloklah buatkan kek karot nii...ya....

Ok resepi nii...sebenarnya untuk separuh adunan, jadinya kalau nakkan kek yang lebih besar bolehlah digandakan sukatan resepi tu ya...  contohnya kalau saya tulis telur 3 biji jadikan 6 bijilah.  Dan lagi kalau nak lebih memikat anak-anak kecil, bolehlah di jadikan muffin dan taburkan coklat chip di atasnya...tambahlah sedapnya...  dan lagi nak sedap lagiii bolehlah layerkan dengan cream cheese yang dipukul dengan sedikit gula aising...



RESEPI KEK KAROT

Bahan-bahan

3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak jagung
2 cawan karot yg dibuang kulit dan potong dadu / 2 biji kecil
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Soda bikarbonat skit je
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar golden syrup/madu
esen oren/oren paste skit
esen vanila
1 kotak kecil kismis perang



Kaedah Menyediakannya :

1.  Ayakkan terlebih dahulu tepung gandum bersama-sama dengan baking powder serta soda bikarbonat.

2.  Telur, gula pasir, karot dan minyak masukkan dalam blender (blender cili jerr) da blenderkan sekejap.

3.  Tuang bahan blender dalam mangkuk yang berisi tepung gandum yang telah diayak tadi dan gaul rata.

4.  Rendam sekejap kismis dan toskan, kemudian masukkan dalam adunan.

5.  Masukkan juga susu pekat, esen vanila, paste oren serta madu dan gaul rata.

6.  Setelah adunan digaul rata tuang adunan dalam loyang yang telah dilenserkan dengan sedikit  butter/
     minyak dan tabur sedikit tepung di atasnya.

7.  Bakar dengan suhu 180 darjah celsius selama 45 minit.  

2 comments: