Saturday, 21 March 2020
APAM NASI, TAPAI PULUT
RESEPI APAM NASI
Waduh lama bangat tak bersiaran nih. Macam dah lupa kek my blog hehe. Minggu ni sepatutnya cuti penggal pertama persekolahan seminggu tapi kita dapat penambahan lagi cuti "kawalan pergerakan" gara - gara tularnya wabak covid 19. Cuti stay at home bermula 18hb Mac hingga 31hb Mac nanti. Negara kita tak seburuk Itali dan Wuhan, di China yg mengalami ' lockdown' iaitu darurat. Esok 22 Mac, kawalan pergerakan akan mendapat kerjasama dari pihak angkatan tentera Malaysia bersama PDRM. Kedegilan rakyat negara kita memaksa pihak tentera membantu memantau dan memastikan orang ramai terus berkurung dan tidak berhimpun di mana - mana. Premis perniagaan telah diarahkan beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 7 mlm shj. Arahan perintah berkurung diseluruh negara, bersama-samalah kita memberikan kerjsama, mengikut segala arahan pihak kerajaan stay at home, stay safe, proaktif jaga kebersihan diri, keluarga agar mencegah jangkitan wabak penyakit berjangkit ini. Semoga negara kita, rakyat Malaysia, khususnya kaki tangan hospital yg bertungkus-lumus, tidak mengerti erti putus asa terselamat dari wabak corona virus ini. Aaminnnn yra.
Wah panjangnya mukadimah kita ya hikhik.. Perintah berkurung mengkehendaki kita duk rumah selama hampir 20 hari. Harap janganlah berlanjutan pula, so bolehlah kita berkumpul bersama keluarga dan masak-masak untuk anak-anakkan. Ramai pulak rakan minta resepi dan cuti panjang ni bolehlah update my blog ni dgn macam-macam resepi. Kita tulis resepi apam nasi ni dahulu, lepas tu tapai pulut. First time buat tapai nih, alhamdulillah jadik eloklah pulak. Nanti kita tulis sekali ya... Resepi apam nasi ni kita kena guna tapai pulut ya. Resepi tapai ni resepi bonda tau. Mak kata nak byk air, letaklah air lebih hehe... Nak manis pulak, letaklah gula lebih hehe.. Jgn lebih-lebih pulak takut tak menjadik, maklum banyak pantang larangnya. Hati nak kena bersih tau..
RESEPI APAM NASI
Bahan - bahannya
2 1/4 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air
1 cawan tapai pulut
1 cawan nasi
1 paket Eno
pewarna ikut suka
Cara - cara membuat
1. Blenderkan semua bahan
2. Biarkan selama 6 jam atau lebih
3. Bahagikan untuk mewarna
4. Masukkan sedikit eno semasa hendak mengukus.
5. Kukus selama 20 minit.
6. Elok dimakan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam
P/s: Nak senang, beli je tapai pulut ya.
RESEPI TAPAI PULUT
Bahannya
1 kg beras pulut, 1/2 caw gula, 1 caw air, sedikit ragi
Cara membuat
1. Rendam beras pulut semalaman.
2. Kukus pulut.
3. Keluarkan pulut dalam mangkuk besar agar mudah di uli. Semasa pulut masih suam - suam
kuku, gaulkan ragi yg telah dihancurkan dan diayak. Larutkan gula bersama air dan tuang sedikit
-sedikit ke atas pulut. Gaul dan uli rata.
4. Masukkan dlm bekas bertutup yg dialas dgn daun pisang yg bersih. Jangan di layur daun ya.
5. Bungkus bekas dgn kain dan simpan selama 2 hari.
P/s: Petua semasa membuat tapai badan mesti bersih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment