Sunday, 30 December 2018

TOSEI DAN SAMBAL KELAPA



TOSEI 









BAHAN-BAHANNYA:-



1 cawan kacang tosei (Urad Dhal)
2 cawan beras
garam secukup rasa
1 genggam nasi
sedikit yis
sedikit halba (jika suka)


CARA MEMBUATNYA:-

1. Cuci beras, kacang, halba dan rendam selama 4 or 6 jam. (Petang jam 2 rendam,  jam 6 mula
    mengisar dan boleh terus dimasak lepas maghrib.
2. Blender bahan direndam bersama nasi sejuk dengan air. Air paras sama beras. Kisar sehingga halus
    macam tepung. Tuang dalam bekas.
3. Campurkan yis, gaul, biarkan sebentar. Masukkan garam kemudian semasa mula memasak tosei.
    Ini kerana garam boleh membunuh bakteria (yis). Adunan tidak menjadi.  Pemeraman terlalu lama
    menjadikan adunan bertambah masam. #Petua: Jika terlalu pekat, cairkan sedikit dgn menambah
    sedikit air sejuk.  Manakala jika terlalu  cair tambahkan tepung beras untuk pekatkan semula. 
4. Masak adunan, ceduk penuh adunan dengan senduk, tuang di kuali leper permukaan.
    (Kuali leper perlu disapu minyak sapi skit permukaannya terlebih dahulu)
5. Buat putaran dgn cawan plastik sehingga tepung menjadi nipis dan bulat. Ianya masak dgn cepat.
6. Tosei bolehlah dimakan dengan kari ayam or daging, dalca sayur, sambal tumis, sambal kelapa.

P/S:  Terima kasih sangat pada rakan sejawatan yg sama-sama mengajar di SKTSA atas resepi tosei ini iaiatu Pn Bibi Fatimah yg baik orangnya lagi ikhlas dalam memberi.. Tq again, alhamdulillah...  saya dan famili memang peminat tegar tosei.  Memang buat kari ayam sekoq dan dalca sayur serta sambal tumis ikan udang.  Selamat mencuba...

RESEPI SAMBAL KELAPA

BAHAN-BAHANNYA:

!/2 biji Kelapa parut yg putih shj
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
sedikit halia
5 tangkai cili kering - kerat
sebiji cili besar hijau - hiris
sepelepah daun kari
1/2 sudu kecil biji sawi
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Letak 1/2 cawan minyak. Tumiskan bahan-bahan iaitu bawang merah, putih, halia yg ditumbuk halus.
    Masukkan cili besar hijau hiris, cili kering hiris, daun kari dan biji sawi. Kacau rata.
2. Setelah agak terbit bau dan perang, masukkan kelapa parut dan kacau rata.
3. Perasakan garam.

P/S: SELAMAT MENCUBA
       




   













 

No comments:

Post a Comment