Saturday, 3 January 2015

Gulai Lemak Cilipadi Daging Salai campur Pucuk Ubi

Asalamualaikum semua....

            Hari ni 31hb Disember 2014, menghampiri nak masuk tahun baru.  Pelbagai perkara yang telah kita lalui disepanjang tahun 2014 ini.  Bagi diriku seperti biasa sibuk dengan rutin kerja di sekolah, tutorial di oum PJ, assignment, exam, dll.  Terlalu banyak rahmat Allah yang dianugerahkan kepada kita....namun tahun 2014 kali ini agak berbeza daripada tahun-tahun yang lalu.  Pelbagai tragedi menimpa negara kita.  Bermula dengan perginya MH370 tanpa khabar berita, tak meninggalkan secebis jejak pun....penuh tanda tanya lagi misteri.  MH17 pula terhempas di sempadan Ukraine dan Russia pada 17 Julai.  7 empangan air di Selangor kering, benar-benar mengajar kita erti penggunaan air secara berhemah,  Diikuti dengan kejadian soalan UPSR bocor...aduhaiii sangat memberi impak pada kerjayaku sendiri sebagai guru dan kesian murid-murid terpaksa menduduki semula peperiksaan itu.  Kini gelombang bencana alam banjir sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur yang cukup luar biasa, mengorbankan banyak nyawa, memusnahkan rumah dan harta benda.  Betapa....berat mata memandang...berat lagi bahu yang menggalasnya...  Ku iringi doa...semoga mangsa-mangsa banjir ini tabah hati dalam menghadapi dugaan ini dan alhamdullillah kerana rakyat negara ini amat memahami dan bermurah hati memberikan pelbagai bantuan dan ada yang sanggup menjadi sukarelawan.  Namun belum habis isu banjir ini, kita dikejutkan pula dengan kapal terbang Air Asia QZ8501 didapati hilang dari radar dan terkini didapati terhempas di Laut Belitung Timur, Indonesia (dari Surabaya ke Singapura).   Hari ni lebih 6 mayat mangsa tragedi itu telah ditemui bersama serpihan bangkai pesawat...subhanallah... Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Illahi...agar mentari esok di ambang 2015 terus bersinar dan memberi keceriaan, kesejahteraan, ketabahan, keteguhan keimanan dengan pelbagai pengajaran ini moga ada sedikit bahagia di hati, moga ada hikmah di atas segalanya ini...in sha Allah...dengan izinNya..

            Ooppsss....minta maaflah ya....merabanlah pulak...melayan perasaan hikhik...  Kata nak resepi gulai daging salaikan...  Selamat menyambut Tahun Baru dan selamat mencuba resepi tradisional masakan N9 ni ya...


Gulai Lemak Cilipadi Daging Salai Campur Pucuk Ubi.




















BAHAN-BAHAN:

1kg daging salai-hiris nipis
3     batang serai
35   biji cilipadi -Fuhh...pedas lagi best..hee...
1 1/2 biji kelapa - parut dan perah 4 kali ya
2     keping asam gelugur
2     ketul kunyit hidup
2     ikat daun pucuk ubi-pilih daun lembut shj
       sedikit garam


CARA-CARA MEMBUATNYA:

1.  Kisar halus cilipadi bersama hirisan kunyit dengan sedikit pati santan.

2.  Daging salai hiris masukkan dalam kuali.  Tuangkan cili kisar tadi bersama-sama sedikit
     garam, asam keping, serai titik dan masak sekejap sehingga ramuan serap dalam daging.

3.  Setelah agak kering baharulah masukkan kesemua lebihan santan dan kacau rata.

4.  Guna api dapur yang agak sederhana agar kuah tidak pecah minyak.

5.  Masak hingga kuah benar-benar masak dan perasakan garam baharulah masukkan
     daun pucuk ubi yang telah dibersihkan dan dikerat dua....guna tangan je...

6.  Benamkan daun pucuk ubi ke dalam kuah perlahan dan jangan dikacau sangat
     untuk mengelakkan kuah jadi pahit....petua mak dan gunakan daun ubi yang batangnya
     berwarna putih bukan merah untuk mengelakkan sakit perut.

7.  Setelah daun agak layu sedikit dalam 10 min bolehlah tutup api.

P/S:  Cara menyediakan daging salai....

         Basuh terlebih dahulu daging, jangan dihiris dahulu dan toskan.  Letakkan aluminium
         foil di atas alat pemanggang agar daging tidak terlalu hangus, kemudian baharulah
         letakkan daging.  Jangan terlalu masak...cukup separuh masak shj....

No comments:

Post a Comment