Terasa nak menulis kat sini hari ni sebab hari ni adalah Hari Lahir anak lelaki sulungku. Teringat sangat saat-saat nak melahirkannya ....maklumlah kali pertama melahirkan anak. Betapa terujanya kami sebagai ibu dan bapa nak menerima kehadirannya. Betapa bertuahnya rasa dijaga oleh suami dengan sepenuh perhatian. Kalau pasal nak makan....cakap saja, sanggup dia balik waktu makan tengahari dari tempat kerjanya di Jalan Raja Chulan KL menghantarkan burger Mc Donald ke rumah di Wangsa Maju, Setapak hanya semata-mata kerana isterinya nak makan makanan tersebut. Pada hal rumah berdekatan dengan Jaya Jusco (Alpha Angle) boleh beli sendiri. Yang kelakarnya suka sangat burger McD tu pasal ada jeruk timun yang masam dalamnya dan makan sampai tiga biji sekali....haha.... Suami akan tukarkan 'sandle /kasut' sampai tiga kali sepanjang masa mengandung kerana bimbang licin atau terjatuh....hehe.... Masa kandungan dah masuk lima bulan pula, suami tempahkan baju kurung kain 'cotton' sampai 11 pasang untuk dipakai sepanjang waktu itu. Paling tak boleh lupa bila merajuk dengan suami pasal nak minum air tebu tapi suami tak benarkan kerana bimbang takut-takut sakit perut dan menjejaskan anak dalam kandungan.....sampai menangis mengalirkan airmata sebab tak dapat nak minum air tebu tu...hehe...kelakar betul.....
Kemudian bila saat-saat nak melahirkan rasa bertuah sangat kerana ada suami di sebelah kiri dan emak di sebelah kanan. Kelakar sangat bila nak melahirkan anak kedua, telefon mak sebab nak ambil dia tapi mak kata..." Engkau beranaklah dulu....nanti mak datang sendiri, tak payah dijemput...serik mak masuk bilik beranak tu..."....hahahaha....mak takut sangat rupanya...hikhik... Bertuahnya dapat mak yang sangat penyayang dan sanggup berkorban apa saja. Teringat pulak doktor Dato Roopi (perempuan) yang lembut dan baik sangat, waktu dah selesai proses kelahiran tu dia cium kedua belah pipi....tak pernah jumpa doktor yang cium pesakitnya....kan2x...sayang doktor tu, tapi bila berpindah ke Klang terpaksa tukar doktor. Nasib baik dapat doktor yang sesuai...doktor Noor Jehan.
Ok....cukuplah cerita tu....takkan nak cerita habiskan...nanti semua cerita orang taulah pulak....buat malu je....hahaha... Selalunya kami akan sambut hari jadi Taufik dengan makan besar kat hotel sambil sambut tahun baru. Tapi memandangkan ayahnya dan Taufik sekali terlalu sibuk dengan persediaan nak menghadapi peperiksaan yang dah hampir sangat Januari nanti...terpaksalah tunda pertengahan Januari lepas exam selesai nanti....so maybe sambut sekali hari jadi anak lelaki bongsu pada 27 januari nantilah nampaknya. Hari niiii.. nak masak je istimewa nasi beriani dan ayam golek....bye, jumpa lagi dilain siaran....salam...
#Semoga anakku sentiasa selamat dan sejahtera di dunia dan di akhirat. Amin..
No comments:
Post a Comment