Saturday, 29 December 2012

Rendang ayam dengan pegaga.

Salam siaran....

Nak tulis resepi rendang ayam pula kali ini.  Kalau ikut resepi emak ajar rendangnya dah tak pure Negeri Sembilan sebab mak suka letak rempah dan cilipadinya dicampur dengan cili kering.  Sedap juga rendang stail ni dan warnanya pun cantik kemerahan dicampur pula dengan bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas sikit.  Bau halia tu...menyedapkannya lagi ....

Namun resepi kali ini rendang versi Negorilah ya....yang tak pakai bawang-bawang hanya tambah kerisik je.....tapi...sangatlah podehnya tau.....hehe...  Sebenarnya hari ni dah beli daging tadi kat pasar tani nak buat rendang dengan pulut kuning sebab ingat nak kasi jiran-jiran sikit sempena anak lelaki yang kecik tu dah pulih dari berkhatan, tapi tak beli pulutlah pulak nak rendam dulukan sebelum dikukus.  Tak pa nanti siapkan gambar-gambar kita masuk blog juga resepi pulut kuning dengan rendang daging versi mak saya ...

Resepi Rendang Ayam Campur Pegaga



Bahan-bahan :

Seekor ayam (rendam air asam jawa + tepung gandum skit dan cuci bersih serta toskan)
kelapa parut 2 biji (perah 4 kali -petua mak hehe...)
cilipadi 100g  (Alaa...susahlah nak anggarkan ikut suka, tapi rasanya kena pedaskan skit sebab
                      kelapanya dua biji....manis nanti kalau kurang cili)
serai 3 batang
kunyit hidup 2 ketul besar.
kerisik satu paket
garam secukup rasa
pegaga (saya dapat 2 ikat...skit sgt)
asam keping 2 keping

Cara membuatnya :

1.  Letak ayam yg dah bersih dan ditoskan tadi dalam kuali.
2.  Blenderkan cilipadi dengan kunyit hidup hiris dengan perahan  santan skit je...(dlm 2 senduk)
3.  Tuang cilipadi blender tu dalam kuali.  Masukkan serai titik dan garam kasar skit serta asam keping
     2 keping dan gaul rata.
4.  Masak dengan api yang sederhana jangan terlalu kuat.
5.  Ayam tersebut akan mengeluarkan air dan masak sampai kering sambil kacau rata.
6.  Setelah ayam kering tuangkan baki perahan santan yg 4 kali perah tadi....kesemuanya.
7.  Masak sampai kuah didih dan kering akhir sekali masukkan kerisik serta daun pegaga.
8.  Rasakan garamnya.
9.  Sebenarnya rendang saya ni jenis yg tak kering sangat...lembab je...  Boleh dikeringkan lagi
     dan lebih wangi baunya kalau betul-betul kering tau...emmm sedapnyerr kalau dapat makan dengan
    lemang....hehe...

P/S :  Selamat mencuba....


No comments:

Post a Comment