Monday, 6 August 2012

SALAM RAMADHAN....

Asalamualaikum.....,

Lama dah tak menulis kat sini, sbbnya sibuk skit gan assingment dan lepas tu sibuk gan examlah pulak.  Ada kawan-kawan yg sibuk tanya, dan minta resepi yg berbentuk 'dessert....pencuci mulut ', maklumlah...untuk berbuka puasalah tu.  Bulan puasa niii...memang sibuk memasak.  Biasanya saya akan masak nasik, lauk, sayur dan makanan sampingan lain utk anak-anak, biasanya mereka suka aneka mi....tak suka pengat.  Jadiknya, beli jerr....lah bubur tu sekali-sekala.  Beli karipap segera dari kawan samada  karipap ayam, karipap daging atau karipap blackpapeer....pas tu gorenglah ....senangkan.  Hari nii....dah masuk 17 Ramadhan....cepatnya masa berlalu, nampaknya dah kena mula fikir2kan apakah jenis kuih raya yg nak dibuat pula.  Biasanya saya akan buat skit kuih raya yg famili suka....yg senang2 jerr...lah.  Bukannya pandai sangat nak buat kuih nii...tapi nak cuba juga buat skit, lagi pun ada anak perempuan yg suka dan rajin nak tolong....hehe... Resepi banyak boleh didapati dalam majalah, buku atau internet.....bolehlah cuba.  Masalahnya....suka juga dgn kuih / biskut yang lama juga....seperti kuih tart, biskut dahlia, biskut dam, bangkit....hikhik...    Kuih-kuih goreng pun tak dilupakan, seperti maruku, rempeyek, kuih siput, kerepek pisang, kerepek ubi dsbnya, tapi biasanya...kerepek2 ni beli je lah ya...  Tapi tahun ni rasa sangat nak cuba buat sendiri rempeyek gan kuih ros, sbb dah lama dapat resepi dari mak saudara...tapi tak cuba-cuba.  InsyaAllah....nanti cuba buatlah...kalau jadi dan sedap dan cantik....boleh ajar di sini ya......


PUDING KASTARD - Ini resepi mak mertua yg ajarkan, dan biasalah....hehe...dah diubahsuai ya...



Bahan-bahan

Tepung kastard 2 1/2 cawan
Tepung jagung  1/2 cawan
Gula pasir  1/2 cawan  - tak manis sgt sbb makan gan kuah kastard yg manis.
Telur sebiji....lebih pun boleh
Susu cair 1 cawan
Air sejuk 10 gelas
Daun pandan sehelai
Esen oren skit dan secubit garam.
Fruit cocktail (Ayam Brand) 1 tin
Laychee 1 tin

Bahan utk kuah
Gula pasir 1 cawan
Telur sebiji
Susu cair 1 tin
Air sejuk 1 gelas
Esen ros

Kaedah menyediakannya :

1.  Masukkan bahan-bahan puding dalam periuk....tepung jagung, tepung kastard, gula, air dan susu cair.
     Kacau rata agar tepung larut, masukkan secubit garam.
2.  Masak dengan api perlahan, didihkan dan sentiasa dikacau supaya tidak hangit.
3.  Masukkan daun pandan dan telur yg telah dipukul terlebih dahulu....kacau agar telur tidak berkumpul.
4.  Masukkan skit esen oren, separuh fruit cocktail dan separuh airnya.
5.  Kacau lagi sampai masak dan kelihatan berkilat.
5.  Setelah masak masukkan panas-panas ke dalam acuan yang telah dibilas skit air agar puding tidak akan
     merekah apabila sejuk.
6.  Kemudian taburkan lebihan fruit cocktail di atasnya beserta airnya serta sedikit air laychee...sejukkan.
7.  Setelah sejuk masukkan ke dalam peti sejuk.

Kaedah menyediakan kuahnya

1.  Masukkan susu cair, air dan gula dalam periuk kecil, jerang dgn api perlahan.
2.  Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu....kacau lagi.
3.  Setelah didih dan masak tutup api, biarkan sebentar agak sejuk barulah diletakkan
     esen ros.

P/s :  Kalau suka puding boleh juga dicampur dengan jagung manis berkrim dlm tin....
         Boleh di buat dalam kaserol atau bekas puding plastik yg kecik2 tu....
       








No comments:

Post a Comment