Monday, 6 August 2012
SPAGHETTI GORENG - ala2 Malaysia....hehe...Resepi sendiri tau....tak main ciplak2 niiih....
Bahan-bahan
400g spaghetti - dicelur dgn betul2 lembut...tak nak kenyal2 sbb nanti tak serap kuah tu,
bagi dia jadi mcm mi kuning tu. Kena cepat2 angkat ya bila dah lembut toskan.
300g isi ayam
5 ulas bawang putih, setgh inci halia - tumbuk skit
sawi 1 ikat - cuci dan dikerat-kerat
cendawan butang tin ( Ayam Brand ) - hiris nipis
1 biji tomato - belah dan hiris nipis
200g udang hidup - cuci dan buang kulit
1 1/2 senduk cii kering kisar
4 camca besar tomato puri
1/2 cawan susu cair
Butter 4 sudu besar
secawan minyak masak
bawang goreng, skit sos black papeer, garam, sos tomato dan kcap manis.
Kaedah membuatnya :
1. Panaskan minyak dan butter.
2. Udang gaul skit gan kunyit serbuk dan garam goreng sekejap dan angkat.
3. Tumiskan bawang putih dan halia yg ditumbuk tadi, ayam dan masukkan garam dan sos black papeer.
4. Masukkan cili kering blender, sos tomato, tomato hiris kacau rata.....sampai cili kering betul2 masak dan
terbit minyak.
5. Masukkan cendawan butang telur sebiji.....jika suka....biar sekejap...kacau lagi.
6. Masukkan air secawan, spaghetti, sawi, udang, kicap....kacau gaul rata dan tutup kuali sekejap.
7. Buka tutup kuali....kacau rata, perasakan garamnya dan akhir sekali taburkan bawang goreng dan tutup
kuali serta tutup api......dah siap....hehe....
P/s : Boleh cuba resepi nii....dengan makaroni, sedap juga cuma rebus makaroni sampai lembut dan
melekit agar betul2 lembut...., jgn guna mi kuning ya....tak elok utk kesihatan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hikhik....sebenarnya ni bukan gambar spaghetti goreng tapi mi bandung guna spaghetti....opsss....maaf...
ReplyDelete