Hari ni...nak masak masakan negeri sembilan, ikan keli masak cilipadi tempoyak. Kalau biasanya kat rumah mak, mak akan salaikan dulu ikan tu...baru digulaikan. Tapi kat bandar ni....susahlah skit.. Terdetik juga di hati nak beli tempat bakar ikan tu...tapi nanti...bimbang...kalau-kalau jiran marahlah pulak banyak asap...mengganggulah. Mak kata....mak pun dah tak boleh nak makan lauk salai-salai ni...sebab akan menyebabkan rasa nak pitam...gelap-gelap mata, so...pendamkan sajalah hasrat nak bakar-bakar ikan atau daging tu...
Namun...kalau ikan keli ni....kurang sedap kalau digulai begitu sahaja. Jadinya tak dapat salai, kita gorenglah dahulu...separuh masak. Biasanya kalau bab mengoreng ni....saya amat cerewet... Memang tak biasalah macam orang-orang lain buat tu....hanya setakat serbuk kunyit dan garam sahaja. Biasanya...saya akan blenderkan bawang putih, halia, kunyit ketul, serai hiris (bahagian yg putih shj) dan bawang merah kecil. Bahan ni akan digaulkan dengan ikan tu, tambahkan skit serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan jangan lupa sedikit garam, barulah goreng ikan tu. Tapi kalau nak goreng ayam lain skit ramuannya. Saya akan gaulkan bahan blender tadi dan sedikit rempah tadi, garam dan ditambah pula dengan kelapa segenggam serta tepung goreng ayam yang dalam kotak tu.... Tapi...hati-hatilah...kalau dah goreng tu...anak-anak akan datang kat tepi pinggan tu dan amik satu-satu....hehe...jangan marah... Sebab tu kalau saya nak masak ayam yang perlu digoreng dahulu seperti masak merah ayam, beriani, black papeer....lebih baiklah lebihkan semasa beli ayam tu. Kalau biasa masak seekor...., saya akan beli seekor setengah....sebab...takut-takut bila nak masak ayam tu..., ayam gorengnya dah tinggal skit pulak...haha....sabar je...lah... Alaa...sementara anak-anak masih di sisi nii...kita layan je...lah mereka nii, nanti bila dah besar, dah pergi kolej ke..., dah kahwin ke...dah kesunyianlah kita..., masak pun agaknya dah tak bersemangat lagi...ya ke....hehe...
Sebenarnya resepi saya nii....ikut suka je....sebab kalau biasa...orang masak gulai tempoyak ikan ni...campur petai sahaja. Kalau nak campur belimbing buluh tu...tak yah bubuh petai dah. Tapi saya nak dua-dua, sebab dua-dua saya suka... Orang negeri sembilan ...suka masak gulai yang dicampur dengan bahan yang masam-masam, mungkin petua orang dulu-dulu....untuk pecahkan lemak/kolesterol dalam badan...sebab tu mereka sihat je...tak banyak penyakit pun....hehe.. Bahan-bahan yang masam yang sering digunakan seperti daun asam gelugur, kulit rambai muda/kering, belimbing buluh, nenas muda, buah bacang muda dan apa-apalah lagi agaknya ya....
Okeylah....tak habis-habis celoteh pasal masak ni..., meh kita tulis resepi ikan keli gulai cilipadi tempoyak campur belimbing buluh dan petai ni ya...
Bahan-bahan :-
Ikan keli 5 ekor (goreng terlebih dahulu ya)
cili padi dlm 30 biji (sebiji kelapa akan menyebabkan gulai ini manis- saya biasa lebih lagi...hehe..)
kunyit seketul
daun kunyit sehelai-simpulkan
serai titik sebatang
petai 2 papan-tgok...takut ada ulat plak...haha...
kelapa parut-perah 4 kali ya / santan kotak je..
belimbing buluh-belah dua jgn putus
tempoyak satu senduk
garam kasar secukup rasa.
Kaedah menyediakan:-
1. Masukkan cili dan kunyit yg telah diblenderkan, tempoyak, serai, garam dan santan, masak sekejap.
Api dapur jgn terlalu besar/terlalu kecil- sederhana shj.
2. Setelah didih....masukkan ikan keli yg telah digoreng terlebih dahulu, petai, belimbing dan daun kunyit.
Pastikan dikacau selalu...jgn sekali-kali masak cilipadi ditinggalkan, takut pecah minyak.
3. Pastikan kuah dapat menenggelamkan ikan, jgn terlalu sikit santan, sbb tu kena perah 4 kali dgn air
sedikit-sedikit.
4. Kacau selalu dan tutup api setelah gulai betul-betul masak, di mana dipermukaan gulai kelihatan
berminyak, dan kuah kelihatan agak pekat.
P/S : Petua gulai cili padi sedap bergantung pd buah kelapa yg digunakan. Saya akan memilih sendiri
kelapa yg betul-betul tua dan tidak rosak di kedai...sebelum dimesin....hehe...
Hai....nasib baiklah suami bukan orang Negeri Sembilan....haha....cerewetkan...masak nii....
Sedap
ReplyDeleteHmm....sedap tau hehe. Petai tu beri rasa pada kuah, belimbing tu buat hilang bau ikan tu juga serai titik.
DeleteSepanjang pkp ni (wabak covid 19) dah tak dapat nak beli kelapa or santan so kita belasah je guna santan kotak. Sekali beli 4 kotak sekali 1 pack hehe... Tak yah perah kelapa dah tapi...hehe...
ReplyDelete