Asalamualaikum....salam siaran....salam Syawal...
Wah...mcm sibuklah sangat ya, rasa dah lama sangat tak update dan menulis kat sini. Malam ni rasa penat sangat sebenarnya, namun dengan menulis blog sebenarnya dapat melegakan perasaan dan menghilangkan rasa keletihan, rasa dapat lebih ketenangan....kan3x... Hari ni tadi sebenarnya ada peperiksaan di Oum cawangan PJ bagi subjek Muzik II....tu yang rasa mcm penat yang teramat sangat...haha... Ada lagi satu subjek pada Isnin ni nanti...Kemahiran Hidup, lukisan teknik dan perisian autoCad....haha...matilah...esei pulak tu dan melukis-lukis...
Nak ceritalah semalam pergilah jemputan rumah terbuka oleh Dato Ahmad Maslan kat Puspanitapuri, Dewan Seri Endon, Putrajaya. Dato ni rasanya kenalan rapat abang ipar sebab sama-sama orang Pontian, Johor dan sekarang ni sejak abang ipar bersara, beliau banyak meluangkan masa bersama. Mula kenal dengan isterinya sewaktu abang ipar dan kakak buat majlis rumah terbuka hujung minggu lalu di rumahnya di Shah Alam. Datin ni...tak banyak cakap, namun senyum selalu dan tak sombong....Dato tak dapat hadir, sibuk barangkali. Tak tolong pun kakak dalam bab masak-memasak, tapi kakak ramai anak perempuan dan meriah betul majlisnya sampai tengah malam.
Sebenarnya bukan saja-saja hadir ke majlis Dato tu, tapi ada hajat besar....nak panjangkan kutipan dermaton sekolah....Sekolah Kebangsaan Taman Seri Andalas. Terpegun jugalah dengan majlis tersebut yang meriah sangat dengan kehadiran artis-artis veteran yang sengaja Dato tu jemput, anak-anak yatim serta ada majlis penganugerahan kepada lima orang (tak ingatlah pulak namanya), termasuk Dato Yusuf Noor....yang pastinyalah banyak menyumbangkan jasa dalam arena politik negara kita.
Bilalah pulak dapat buat majlis rumah terbuka agaknya ya...hehe...kenalah tunggu habis exam.... Anak-anak pun sibuk nak exam nii....aduhai....
No comments:
Post a Comment