Friday, 16 February 2018

MI REBUS

Assalamualaikum....

Happy Chinese New Year, selamat bercuti...
Hari ni duk rumah je, kemas rumah, masak untuk anak-anak.  Seronok tengok anak-anak berkumpul makan sampai berebut hehe...  Pada hal masak simple je, nasi goreng cili kering cmpur serai, bilis dan udang geragau skit tumbuk tangan.  Hmmm tu yang sedap kot....roti telur dan teh tarik.  Kelakau sampai bancuh teh tarik dua kali sebab tak cukup....sedap kot teh lipton. Paling kelakau anak-anak berebut teh dengan tok wannya.  Tok wan tu patut tak leh minum manis aduhhh....hehe...  Hari ni anak perempuan request masak ala-ala nasi kukus, ayam goreng berempah, kari dalca sayur dan sambal belacan versi campur lada kering.. Resepi dari facebook hehe...  Sementara tunggu rendam ayam dengan air asam, kita tulis resepi mi rebus jap ya.  Kelmarin try buat mi rebus ni, ikut resepi IBU dapat kat facebook. Memang sedap sebab tak cukup mi kuning dua peket hehe... Terima kasih pada yang share resepi mi rebus ya..  InsyaAllah kita panjangkan resepi ni dan kongsi pahala sama-sama tqtqtq hehe...

RESEPI MI REBUS



Bahan- bahannya:-

2 peket mi kuning dicelur
1/2 kg daging dihiris
1 senduk udang geragau (tumbuk tgn)
2 biji keledek oren saiz kecil.
2 biji kentang (rebus bersama keledek dn ambil airnya, kisar)
2 senduk cili kering blender
2 senduk rempah kari, penumis 4 sekawan
1 senduk serbuk jintan, ketumbar
1 kotak santan kotak
1 biji tomato potong dadu
5 biji bawang merah kecil
4 biji bawang putih
1 inci halia, kunyit hidup, sebatang serai titik
garam, gula, air asam jawa secukup rasa
4 sudu gula merah.
Minyak untuk menumis.

Untuk Hiasan:-
Tahu goreng
telur rebus
lada hijau hiris
limau kasturi
bawang goreng
daun sup, daun bawang hiris

CARA MEMBUAT KUAH:-

1. Panaskan minyak 2 senduk. Masukkan penumis 4 sekawan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia yg ditumbuk kasar, serai titik, daun kari.
3. Masukkan udang geragau, daging hiris, rempah-rempah, cili kering blender.
4  Masak sampai terbit minyak, masukkan sedikit garam, gula, air asam.
5. Masukkan keledek, kentang yg telah diblender dgn air rebusannya, kacau rata.
6. Tambahkan air secukupnya agar daging masak sempurna, dan kuah mencukupi.
7. Masukkan tomato, bawang goreng, kiub ikan bilis separuh sahaja, gula merah dan perasakan
    garam secukup rasa.
8. Hidangkan mi rebus dengan bahan-bahan hiasan dan kuah.


Sebenarnya telah beberapa kali saya mencuba memasak mi rebus, namun entahlah kenapa...rasanya semacam tak menjadi. Resepi di atas adalah menepati citarasa saya dan famili.  Namun ini adalah pertama kali masak guna resepi di atas dan rasanya boleh ditambah lagi bahan.  Kerana boleh ditambah biskut marie yg dikisar untuk tambah kepekatan kuah. Saya tak suka rasa tepung jagung dalam masakan untuk tambah kepekatan kuah, kerana tak suka rasa tepung tersebut. Lagi satu dalam gambar tu saya guna tahu begedil goreng, fuhhh....sedap tau hehe....
Selamat mencuba ya...







No comments:

Post a Comment