Saturday, 23 September 2017

PIZZA ROTI TUNA

Assalamualaikum...

Semalam bfast buat roti pizza dan upload gambar kat facebook hehe... Resepi tu pun dapat kat facebook juga. Tak sangka ramai kawan-kawan minta resepi.  Biasalah resepinya dah diubahsuai mengikut selera saya dan anak-anak. Resepi asal guna sausage tapi saya memang tak pandai makan sausage so tukar pada tuna pedas ayam brand yang tinnya yang warna hijau tu.  Bolehlah cuba ya...memang simple, mudah dan sedap..

PIZZA ROTI TUNA




Bahan-bahannya:
Roti 1 bungkus
Tuna pedas Ayam brand 2 tin
Keju Kraft cheddar 1 paket
Cili kapsikum 1
Tomato 1 biji
Bawang besar separuh biji
Sos pasta /tomato puri pun boleh
Serbuk campuran pizza/oregano
Sos cili, mayonaise

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Sapu loyang skit dgn butter.
2. Susun roti dan sapu sos pasta atasnya.
3. Letak tuna sekata.
4. Cili kapsikum, tomato, bawang dipotong dadu dan gaul rata.
Kemudian tabur atas roti.
5. Akhir sekali letak keju sekeping-sekeping di atas sekali dan tabur skit serbuk pizza.
6. Bakar sekejap je hingga keju sedikit warna perang....dalam 20minit.
7. Tuang sos cili dan mayonaise semasa nak makan.
P/S: Selamat mencuba.
        Boleh ditukar inti pizza selain tuna seperti sausage, udang, daging/ayam yg dimasak sekejap.




No comments:

Post a Comment