Monday 30 May 2016

ASAM PEDAS VERSI JOHOR

Asalamualaikum....
salam siaran... Apa khabar? Moga diharapkan kawan-kawan yg datang ke sini sihat-sihat sahaja ya, ceria, bahgia dan dirahmati Allah SWT selalu...

Kali ni nak tulis resepi asam pedas.  Resepi ni turun-temurun dari isteri anak saudara, orang Batu Pahat.  Beliau pun bersusah payah belajar nak masak resepi ni dari bondanya.  Berkali-kali juga masak....barulah dapat rasa yang menepati citarasa...  Alhamdullillah dapat resepi ni...  Jutaan terima kasih ya...dik Hasliza Ahamad, isteri pada anak saudaraku Mohd Ramdhan Abd Rahman.

Hasliza Bt Ahamad

Sebelum tulis resepi ni nak beritau petua nak asam pedas tu sedap.. Ikan yang digunakan kalau boleh potong besar.  Kalau ikan merah atau jenahak misalnya, kerat dua je...  wahh....mesti ikan tu terasa manisnya sebab jus dalam ikan tu tak lepas keluar....hikhik...ya ke...hehe...  Lagi satu masak kuah tu lama....  Kecikkan api dapur dan biar kuah tu mereneh sampai pekat..  Ikan jangan masukkan terlalu awal ya...  Setelah masukkan ikan tutup kuali dan kacau sekejap2...  Kalau guna ikan pari....cikgu Liza kata...rebus sekejap ikan tu untuk buang lemak agar kuah tidak beku or terlalu pekat... Asam pedas ni sedap juga guna ikan duri, ikan jenahak dan tengiri.  Namun saya paling suka ikan kembung yg lemak rasanya...

RESEPI ASAM PEDAS JOHOR

Hehe.....ni je gambar yg sempat diambil.  Anak-anak makan sampai
tinggal kepala je dgn ekor untuk ayah mereka...hikhik...

BAHAN-BAHANNYA:-

Ikan merah seekor-kerat 2
Cili kering
Kunyit ketul - 3 ketul
Bawang merah besar - 1 biji
Bawang putih - 6 biji
Halia - 1 inci
Sedikit garam, serbuk lada hitam
Asam jawa
Minyak untuk menumis - 1/2 cawan
Air dalam 3 gelas
seikat daun kesum.

CARA-CARA MEMASAKNYA:-
1.  Rendam ikan sekejap dengan air asam jawa.  Kemudian di cuci bersih.
2.  Bahan blender cili kering dan kunyit ketul yg dihiris.
3.  Bawang putih dan halia ditumbuk kasar.  Bawang besar dihiris.
4.  Panaskan minyak, tumis bawang besar hiris, bawang putih, halia tumbuk.
5.  Masukkan cili kering blender dalam 3 senduk bagi ikan merah yg sederhana besar.
6.  Tumis cili kering sampai pecah minyak.  Masukkan garam, serbuk lada hitam dan akhir sekali air
     asam jawa.
7.  Masukkan air 4 cawan.  Biarkan kuah didih sekejap baru masukkan ikan.  Kecilkan api, tutup
     kuali.  Biarkan kuah mereneh agak lama sambil kacau.  Biarkan kuah pekat namun jangan sampai
     kering ya..
8.  Perasakan garam dan akhir sekali masukkan daun kesum... Tutup api..

P/S:  Selamat mencuba.  Asam pedas Johor sangat simple.  Jangan masukkan bahan-bahan lain seperti serai, daun limau purut, bendi, tomato, belacan....hikhik...  Celur bendi dan tumis mcm goreng sayur untuk dimakan dgn asam pedas ini...

No comments:

Post a Comment