Monday 30 May 2016

Butter Kek Limau Mandrin



RESEPI KEK BUTTER LIMAU MANDARIN


BAHAN-BAHANNYA:

Telur 6 biji
Gula aising 200g
Buttercup 1 buku / 250g
Cream cheese 50gram
Tepung gandum 200g
Limau mandarin dlm tin (Brand S&W)
Esen vanila 1 sudu kecil, esen orange skit.
Susu pekat 2 sudu besar
Madu /golden syrup 2 sudu besar.
1 sudu besar baking powder, sedikit soda bikarbonat.
Esen oren skit
CARA MEMBUATNYA:

1.  Asingkan putih telur dgn merahnya.
2.  Buttercup, cream cheese, kuning telur dan gula aising pukul rata dgn senduk kayu.
3.  Ayakkan tepung yg dicampur baking powder dan soda bicarbonat.
4.  Pukul putih telur sampai betul2 kembang dlm bekas lain.
5.  Masukkan putih telur berselang seli dgn tepung dalam adunan butter.
6.  Kacau rata. Masukkan susu pekat, madu, esen vanila dan esen orange. Gaul rata.
7.  Masukkan isi limau sahaja yg telah dikerat2 dua ke dalam adunan dan gaul perlahan.
8.  Bakar guna loyang atau boleh juga guna mangkuk kertas mcm cup kek.
9.  Bakar dengan suhu 180 darjah celsius selama 1 jam.
P/S:  Setelah masak bolehlah ayakkan skit gula aising di atas kek....
         Sedap di makan untuk minum petang.


No comments:

Post a Comment