Thursday 24 December 2015

KONVOKESYEN KE-18 OUM 2015

Assalamualaikum, salam siaran, salam maulidur Rasul, salam Jumaat, dan Merry Christmas!!!....hikhik...  Seronoknyer tengah cuti panjang ni....kan tapi tak dapat nak gi mana-mana pun sebab hbby sibuk dengan study yang tak habis-habis lagi....assignment, kuiz, test, presentation dan exam... Asik-asik gi shopping je, gi tengok dotter kat Tapah, balik kampung...  Semalam pun hbby nak beli tiket wayang je untuk bawa anak-anak jalan kat jj Bukit Raja tapi citer hindustan tu tak main lakk kat situ.  Nyaris dia nak bawa tengok wayang kat KLCC sebab citer tu main kat situ. Rupanya kat Subang Parade pun ada citer tu...hehe....

Kali ni nak citer pasal konvokesyenku yang berlangsung pada 21Disember di PWTC, Isnin yang lalu. Betapa terujanya kerana selama 4 tahun menjalani kehidupan sebagai pelajar di OUM cawangan PJ. 4 tahun hbby berulang-alik menghantarku menghadiri tutorial setiap Ahad di setiap semester. Ingat lagi pada mulanya mohon untuk sambung belajar sepenuh masa 14 minggu di MPIK namun permohonan tersebut gagal.  Bila bersuara dengan hbby untuk memohon belajar di IPG sepanjang cuti pula hbby tak setuju kerana takut berat tanggungjawab dan tak dapat cuti langsung.  Rupanya nak dapat tawaran yang lebih baik iaitu tawaran khas iaitu Ambilan Khas untuk guru-guru berumur 46 dan 47 yang ada serba sedikit keistimewaannya dan kemudahan kerana biayaan penuh BPG.  Jadinya tua-tua belakalah kawan-kawan yang sama belajar....ahahaha....aduhhhaiii....  Terlalu banyak kenangan manis dan yang pahitnya sengsara buat sendiri assignment.  Hbby kata biarlah dapat B namun assignment tersebut hasil titik peluh sendiri..  Oopppss....hbby tolong jugaklah kalau assignment BI tu ya....hikhik....tqtqtq....  Namun jauh di sudut hati betapa terkilannya kerana amik degree Muzik tapi tak ada praktikal or amali muzik yang dijalankan sepanjang pembelajaran Muzik, kecuali secara teori sahaja.... Sungguh tak memadai dan tidak sempurna pembelajaran tersebut dan kami hanya 3 orang pelajar sahaja yang mengambil degree subjek itu dan merupakan kumpulan terakhir...sedihnyerrr... Sib baiklah dapat pensyarah Muzik yang baik dan memahami En.Shamsir Alam.

Pada 19 Disember adalah tarikh ambil jubah di OUM, KL.  Sempat berkenalan dengan seorang sahabat dari Muar, Johor.  Kami sama-sama bantu-membantu belajar pakai jubah tu dan sama-sama seronok sangat mengayakan jubah masing-masing sambil bergambar...  Sampai hari kejadian konvo pun beliaulah yang membantu memakaikan selendang jubah tersebut dengan kemas.  Sempat cium pp dia lepas dia pakaikan selendang tu sebelum pergi masuk barisan para graduan....terima kasih sangat sahabatku....  InsyaAllah kalau ke Johor nanti....pasti cari rumah awkk ya....  Terima kasih Tuhan kerana pertemuan itu....alhamdullillah....






Hari Isnin 21 Disember tu pergi konvo dengan hbby, anak sulung dan anak bongsuku sahaja.  My dotter Tiha tak dapat nak hadir kerana ada kelas dan test....sabar je...lah..  Niat di hati nak sangat bawa mak hadir sama namun ada sahaja halangannya dan disaat akhir mak tiba-tiba ke Johor Baharu pula ke rumah adikku Thomas.  Di penjuru hati tersemat ingatan pada mak disepanjang majlis tersebut....sedihnyerr....  Segalanya berjalan dengan baik-baik sahaja cuma tak sempat bergambar sakan di atas pentas kerana hbby nak segera menghadiri kelasnya di UITM, Shah Alam petang tu.... Alhamdullillah....terima kasih Tuhanku....  Terima kasih pada mak yang banyak mendoakan, pada hbby yang banyak memberi semangat dan dorongan, pada anak-anak khususnya my dotter Tiha Azmi yang banyak membantu dan rakan-rakan seperjuangan....Roslina, Rafeah, Azah dan Premela....terima kasih sahabat...  Tahniahhhh juga untuk kalian....


























Kemudian pada hari Rabu bersamaan 23Disember ada tetamu yang tak diundang datang pada awal pagi.  Ingat sapalah datang...rupa-rupanya orang hantar kek.  Anakku Tiha Azmi pesan kek secara online untuk ibunya sempena ucap tahniah di atas konvokesyen ini....ahahaha.....terkejut sangat.... Tiha memang suka buat gempak dan surprise hehe...  Terima kasih anakku...sayangggg awak!!..



No comments:

Post a Comment