Sunday 25 October 2015

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL ULANGTAHUN JUBLI EMAS SMK BATU KIKIR YG KE 50 TAHUN 2015

Asalamualaikum....

Hehe....dah lama tak menulis...  Apa khabar...moga kita semua sejahtera selalulah ya....  Dah lama tak menulis sbb terlalulah sibuknya dengan kerja sekolah, kerja belajar di semester akhir dan kerja rumahlah ya...  Syukur alhamdullillah....dah habis pun belajar, kalau tak da aral 21hb dan 22hb Disember nanti majlis konvokesyen akan diadakan di PWTC, KL...  Tak sanggup lagi rasanya nak sambung belajar....asik migrain je...ahaha..  Tapi suami teruskan sambung...amik master...hikhik..









Sabtu, 3hb Oktober yang lalu ada menghadiri Majlis Makan Malam Amal di SMBK.  Dulu datang sekolah tu masa Form 2 dari SGBMT (Sek Men Ghaffar Baba, Masjid Tanah) sampai Form 5 SJ (Sains Jingga).  Seronok sangat sekolah situ, kawan baik-baik, cikgu bagus, persekitaran sekolah pun baik-baik sahaja.  Entahlah...masa tu budak-budak lagikan, rasanya bukannya kaki study sangat tapi happy je life kat sekolah tu dan terlalu banyak kenangan manis yang pastinya tak boleh lupa dan sentiasa di hati....hikhik...  Kawan-kawan banyak mengajar erti persahabatan...alhamdullillah... Sahabat sentiasa mengiringi, menceriakan dan menambahkan keriangan dalam hidup.....kan...terima kasih Tuhanku...  Kenangan pahit dalam persahabatan pastilah tak banyak sikit tu ada...kan..  Namun tak payahlah diperbesarkan, dikenang sangat....maafkanlah sahaja ya....

Program Malam Amal tu tujuannya nak mengutip kutipan derma dari bekas pelajar-pelajar sekolah tu melalui jualan meja.  1 meja bernilai RM1000 dan RM2000 untuk VIP.  Paling meriah ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari senior paling awal iaitu tahun 1965 hinggalah ke kumpulan batch yang terkini 2015.  Dahsyatkan....  Justeru itu bayangkanlah suasana yang sungguh meriah dan mengharukan itu dapat jumpa  junior, senior, super senior....super dupa senior...ahaha...dan cikgu-cikgu yang dahulu mengajar kita.  Mereka dah tua pun, dah lupa pun kat kita.  Terkilan juga sebab tak merayau dan jumpa semua guru-guru tu.  At least boleh bergambar kenangan dengan merekakan.  Tulah...saya ni jenis malu...  Jumpa cikgu pun kelu tak pandai nak bual. Macammanalah tak kelu ya...  Jumpa cikgu Geografi masa Form 4 yang namanya Kalsum tu. Dia kini dah jadi Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan tapi  bila jumpa, dia peluk dan cium pipi kita kiri kanan....ahaha...terkejut sangat.  Katanya dia pun asal dari Klang. Rumah maknya di Klang tu dan nak bersara dah tahun 2016 nanti...  Tahniah cikgu....sayangg...cikgu...alhamdullillah...







Wuiiiii....dah panjang cerita nii....  Kita tutup ceritalah ya...  Syukur alhamdullillah dapat hadir majlis ni sbb pada awalnya memang tak dapat nak join sbb dah penuh.  Terima kasih pada abang senior Haris Sulaiman yang sudi berikan kerusinya pada saya.  Terima kasih juga pada sahabat Khalillah selaku ajk program yang sudi selitkan nama anak bujangku agar dapat masuk dewan, biar pun kena bayar RM100 untuknya.  Bayaran tu terlalu sedikit sebenarnya kalau nak dibandingkan jasa sekolah pada kitakan... Tak lupa juga terima kasih pada sahabat berempat....  Abby Yus, Abu Bakar Hamzah, Ahmad Faridun dan Hassan Khamis yang telah sudi sponsor 3 meja untuk batch spm 1982....terima kasih semua....  Dengar khabar majlis ni akan di buat lagi nanti 2 tahun akan datang demi memenuhi permintaan  bekas pelajar-pelajar yang tak berkesempatan nak turut serta tempohari. Semoga ianya berjaya dan semoga dipermudahkan ya....namun saya dah tak boleh nak join sbb dah janji dengan hbby bahawa itu adaklah reunion sekolah yang terakhir untuk dihadiri....hukhuk...
Sekian......wassalam....















7 comments:

  1. Sweet memories...good job imah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah Zam....kenangan utk hari tua. Oopsss....kta muda lgi ya....hehe...tq..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Tahniah Imah.....sempat menyaksian ulangtahun smbk ke 50...sama dgn usia mu.....:))

    ReplyDelete