Friday, 30 December 2016

Gulai ikan patin masak tempoyak (Temerloh Style)


Asalamualaikum....

Salam siaran, selamat tinggal 2016..  Selamat Tahun Baru yaa...  Semoga Tahun 2017 menjanjikan yang baik-baik sahaja buat kita semua dan dapat buka lembaran baru di awal tahun dengan penuh semangat....fighting!!!!....hehe...

Aduiii....tengah sibuk ni dengan persediaan nak sekolah.  Bukan jadi murid je sibuk sediakan alatan dan pakaian persekolahan yaa.  Jadi guru lebih lagi sibuknya.  Sibuk dengan meeting yang sampai 4 hari, sibuk kemas bilik muzik, sibuk kemas baju-baju, sediakan buku rekod mengajar dan kelengkapan nak mengajar....hmmm...  Dah jadi rutin tahunan pun..



Sebenarnya nak tulis resepi sebab ada kawan nak.  Resepi ini juga telah diubahsuai mengikut citarasa saya.  Kalau resepi asli masak tempoyak Pahang tidak menggunakan bawang-bawang dan halia juga serai serta tomato.  Orang Pahang juga menggunakan cili besar merah hidup untuk menambahkan warna pada kuah gulai.  Saya ni orang negori sembilan yang sukakan rasa serai dalam masakan.  Jika mengikut resepi asli negeri sembilan pula akan ditambah dengan sehelai daun kunyit bukan daun kesom.  Walaubagaimana pun cubalah bereksperiment  dalam masakan kita ya.  Yang penting ianya menjadikan keluarga lebih berselera memakannya....alhamdulillah...  Oklah ya...moga sahabat-sahabat dapat mencuba resepi yang mudah ni.  Yang penting pastikan kesegaran ikan, bersihkan dan rendam dengan air asam jawa agar rasa masakan terpelihara selain perasakan garam dan gula dgn betul.

RESEPI IKAN MASAK TEMPOYAK



Bahan-Bahannya:-

2 senduk tempoyak
Ikan patin 4kerat  (Boleh guna ikan siakap juga...sedap)
Segengam cilipadi
4 gelas air
2 biji tomato
6 biji bendi
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih, seinci halia
2 ikat daun kesom
3 in kunyit ketul
1 batang serai
sedikit garam, gula

Cara Membuatnya:-

1. Blender cilipadi, kunyit ketul, bawang merah, bawang putih, halia. Titik serai dan masukkan dlm periuk bersama bahan blender.
2. Tambahkan air. Masukkan tomato yang di potong dadu, tempoyak, garam dan sedikit gula.
3. Setelah mendidih masukkan ikan, bendi dan daun kesom  kemudian sekali.
4. Renihkan dengan api kecil sehingga kuah agak pekat dan perasakan garam

P/S: Jika suka pedas...boleh  tambah cilipadi ya..
        Dan lagi entah nape saya suka sgt ikan siakap masak tempoyak...asam pedas pun sbb isinya
        yang lembut dan sedap...
        Selamat memasakk....




No comments:

Post a Comment