Sunday 16 December 2018

Lempeng Berlauk (Korean Pajeon Pancake)



Assalamualaikum,

Sebenarnya petang semalam ada tonton program masak Korea " Mothers Touch". Mother tu masak  resepi Korealah iaitu green onion pancake atau lebih dikenali dengan nama 'pajeon" . Kalau pancake tu guna daun kucai pulak namanya "bunchujeon" . Ahaha.....yalah tu... Rasanya kalau bahasa kita bolehlah kita panggil lempeng berlauk sebab asasnya memang lempeng hehe...

Pagi ni buat sarapan pagi mi goreng mamak. Bila mak tak makan mi, tu yang masak korea pancake nih tapi resepinya dah diubahsuai ikut bahan yang ada dan selera kita kemelayuan hehe... Ramai pulak kawan-kawan request resepi ni.  Mehlah kita tulis resepi lempeng berlauk nih ya ...


RESEPI  LEMPENG  BERLAUK (Korean Pajeon Pancake)






Bahan - bahannya:-
Bahan A
500g tepung gandum
100g tepung bestari (jika ada)
4 ulas bawang putih tumbuk
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya
secubit garam

Bahan B
daun kucai / daun bawang
sebiji ubi kentang
1 biji bawang besar
10 ekor udang
2 ekor sotong
5 biji cilipadi /cili besar merah


Cara membuatnya:-
1.  Satukan semua bahan A dalam mangkuk. Bancuh dengan air dan gaul rata.  Adunan ikutlah 
     macam adunan lempeng, pekat skit.
2.  Panaskan minyak, tuang satu senduk adunan tepung dan ratakan.
3.  Susunkan daun kucai di atas lempeng, diikuti bawang besar hiris.
4.  Letak pula kentang yg dipotong dadu di atasnya, udang yg dibuang kulit dan dikerat.
5.  Seterusnya cilipadi hiris sebiji. Tekan sedikit agar bahan atas lempeng lekat .
6.  Terbalikkan lempeng tersebut, jangan terlalu masak lalu angkat.
7.  Ulang cara yang sama tetapi kali ini letak pula isi sotong yg di hiris kecil untuk dapatkan lempeng
     berperasa sotong pula.

P/S:  Selamat mencuba ya ...

No comments:

Post a Comment