Monday 3 February 2014

Gulai Udang Campur Daun Asam Gelugur

Asalamualaikum,

          Salam siaran.....  Selamat menyambut Tahun Baru Cina ya...  Mesti kawan-kawan seronok dapat bercuti bersama-sama dengan familikan, dapat cuti enam hari tu...hikhik..  Namun bila Raya Cina perkara paling utama jadii isu adalah jalan raya akan sesak kerana kaum Cina bila raya bukan sahaja balik ke rumah orang tua mereka tetapi pergi bercuti...terutamanya Melaka.  Hotel-hotel di bandar Melaka sebulan awal dah habis ditempah, terutamanya oleh orang Cina dari Singapore.  Saya yang hendak tumpang bermalam satu malam di Muar kerana ada majlis kahwin anak saudara hanya dapat hotel budget, hotel Cina....Hotel D'99 yang dalam laci kat hotel tu ada kitab bible...peliknya...subhanallah.. Namun ada pengajaran yang didapati dari pengalaman tu, lepas ni kalau nak tempah bilik hotel kena beritau bahawa kita nakkan bilik yang ada tingkap ya.....kalau tidak.... dapat bilik yang kecil dan tiada tingkap....hahaha...pelik sangat...hotel tu.  Tak kesahlah janji dapat tumpang bermalam dan bersolat...

          Hari ni nak tulis resepi masakan negori semilan.  Sian pulak ada kawan negori Semilan yang isteri mereka orang negeri lain yang kurang ilmu dalam cara nak masak gulai lemak cilipadi....hikhik...  Harap manafaatkan blog ni ya...hikhik...  Lepas ni kita kasi lebih banyak resepi masakan negori Semilan....insyaAllah...dengan izinNya...

RESEPI GULAI UDANG CAMPUR DAUN ASAM GELUGUR




Ada setengah orang yang memang kurang faham macammana nak masak gulai yang menggunakan daun asam gelugur ni.  Kebiasaannya saya dapati orang yang tak faham tu akan mencelur daun tersebut agar tidak terlalu masam.  Namun sebenarnya silap ya, sebab daun tu akan jadi lebih masam selepas dicelur dengan air panas.  Apa yang emak saya ajarkan, daun tersebut hendaklah dibasuh bersih terlebih dahulu, susunkan lalu lipat atau gulung sedikit tapi jangan sampai pecah atau koyak daun tu....  Pegang kuat atau ikatkan dengan getah yang bersih barulah dihiriskan halus-halus....perlukan pisau yang tajamlah ya...  Hahaha....tgok gambar daun kat blog saya nii...kasar tak halus sebab pisaunya tumpul....abang kita tak pandai asah pisau...taunya beli baru...haha...penuh pisau tumpul kat dalam laci tu...hikhik...  Oppsss....belum habis ya...  Kemudian daun yang dah halus tu letak dalam besen, tabur garam kasar dan ramas sampai agak layu dan setelah layu asingkan garam kasar tu....takut gulai terlalu masin nanti.  Masukkan ke dalam gulai setelah kuah gulai betul-betul dah masak, dah rasa cukup garamnya, dah terbit minyak di permukaan gulai tu...ya...

BAHAN-BAHANNYA

1 kg Udang yang telah dibersihkan (Usah buang semua kulitnya)
1 biji kelapa  parut - perah 4x
30 biji Cilipadi kampung (Rasanya kurang pedas tu....)
10 helai daun asam gelugur yang telah dihiris halus
1 ketul besar kunyit
garam kasar secukupnya
1 helai daun kunyit

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.  Blenderkan cilipadi dan kunyit hiris.
2.  Letakkan udang dalam kuali, masukkan cilipadi yang telah diblender tadi.
3.  Masukkan santan yang telah diperah, garam kasar satu sudu kecil dan daun kunyit yang
     telah disimpulkan.  (Usah dihiris daun kunyit tu)
4.  Masak dengan api perlahan sampai kuah betul-betul masak dan perasakan garamnya.
5.  Setelah kuah telah masak masukkan daun yang telah dihiris dan diramas dengan garam kasar tadi.
     Benamkan daun tersebut dalam kuah, setelah beberapa minit....sekejap je...tutup api.  Tak perlu
     bubuh asam keping ya....dah cukup masam tau..




P/S:  Daun Asam Gelugur ni juga sedap dimasak gulai lemak cilipadi dengan ikan kembung, tengiri dan
        apa-apa ikanlah ya....  Namun eloknya dimasak dengan ikan tengiri sebab ikan tengiri tulangnya
        tidak berserabut setelah dimasak gulai jadi tidaklah kita tercekik tulang sebab dah tak kenal
        tulang bila bercampur dengan hirisan daun tu....atau nak selamat masak dengan udang atau tengiri
        campur udang...hikhik...sedapnyerrr...



4 comments:

  1. Assalamualaikum ..daun ni dari pokok apa? Ada tak jual di pasar? Keluarga berasal dari Negeri Sembilan dan Melaka .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun ni....daun pokok asam gelugur, yg buahnya kita buat asam keping tu... Kita guna daun lembut...pucuk dia ya... Kat kampung je ada jual. Sya pun beli kat pasar tani Batu Kikir. Biasanya org negori sembilan ada tanam pokok ni...selain pokok buluh....hikhik...

      Delete