Monday 27 January 2014

Happy Birthday Dauz Azmi

Alhamdullillah...
                    Syukur ke hadrat Illahi kerana dapat bertemu kembali ditahun baru ini....tahun 2014.  Moga tahun baru ini menjanjikan lebih kebahagiaan dan kejayaan pada diri juga, famili, saudara-mara dan rakan-rakan sekelian...ceria selalu ya...

                    Hari ni...hari jadi anak bongsku...Dauz Azmi....anugerah dariNya.  Betapa sukar utk mengambarkan perasaan gembira bila dapat tahu tentang kehadirannya kerana telah mengalami keguguran sebelum itu.  Keguguran yang agak teruk juga kerana telah menyebabkan hampir-hampir meragut nyawaku ketika itu.  Dr Boopalan kata " Menakutkan sayalah awak ni, nyaris-nyaris saya nak buang rahim awak untuk memberhentikan pendarahan ".  Namun Allah Taala masih memberi peluang untukku membesarkan anak-anakku....untuk kedua kalinya.  Kali pertama tatkala aku terlibat dengan kemalangan jalanraya yang menyebabkan pendarahan dalam kepala.  Saat kemalangan tu berlaku...tiba-tiba pandangan seolah-oleh hilang, nampak hanya cahaya putih terang-benderang,...tak nampak apa-apa, hanya kedengaran suara orang-orang yang cuba mengangkatku dan daku tak tahu kenderaan apa yang melanggarku (motosikal rupanya...) ketika itu.  Rupa-rupanya apa yang daku alami itulah yang dinamakan peringkat awal kematian, menurut arwah Pakcik Sani yang telah ku anggap sebagai bapa angkatku.  Semoga Tuhan merahmati dan mencucri rahmatNya ke atas roh arwah pakcik kesayanganku suamiku.  Al-Fatihah....

                    Sepanjang mengandungkan anak bongsuku ini, sering kali berlakunya pendarahan kecil.  Memandangkan daku pernah keguguran sebelumnya, doktor amat mengambil berat dan menasihatkanku agar tidak melakukan kerja-kerja yang agak berat dan masukkan ke wad agar dapat berehat secukupnya (CRIB - complete rest in bed...hikhik...), semuanya kerana rahim didapati tidak kuat dan kedudukan uri di sebelah bawah.  Arwah Pakcik Sani jugalah yang banyak membantu ketika itu, memberikan ayat dan petuanya untukku amalkan agar bayi dalam kandungan itu berubah sendiri kedudukannya.  Wan Hawa iaitu saudaraku yang terdekat juga meletakkan tangannya di perutku sewaktu pulang ke kampung lalu berkata " Cuba panggil Firdauz...tapi kalau kedudukan bayi ni berubah, tak boleh tukar nama...insyaAllah...".  Betapa peliknya kerana sebelum itu daku asyik memanggil anakku itu dengan nama Lokman kerana suamiku berhajat untuk meletakkan namanya Lokmanul Hakim dan selalu membacakan Surah Lokman.  Namun daku menurut sahaja segala kata-kata orang tua itu semua dan benar-benar amat yakin bahawa segalanya adalah ketentuan Tuhan di samping sering berdoa agar daku dan anakku selamat kerana doktor Noor Jehan telah mengesahkan bahawa daku terpaksa akan dibedah nanti kerana kedudukan uri di bawah itu.  Betapa susahnya hati suamiku kerana inilah bakal kelahiran anak kami yang ketiga, yang pertama kalinya akan melalui pembedahan....yang amat membimbangkan hatinya kerana pada hakikatnya setelah berlaku keguguran, suami kalau boleh tak mahu daku mengandung lagi kerana pengalaman yang lalu itu, namun....itulah anugerah....

                   Akhirnya....daku selamat melahirkan anakku dengan cara yang biasa, tidak perlu melalui pembedahan kerana uri itu telah beralih dengan sendirinya pada saat-saat akhir kelahiran.  Anakku adalah seorang anak yang baik dan mendengar kata ibu juga ayahnya semenjak dalam kandungan lagi....kerana kami sering bercaka-cakap dengannya sejak beliau belum pun dilahirkan ke dunia......hikhik...  Terima kasih Tuhan, terima kasih pakcik Sani, Wan Hawa, terima kasih anakku Muhamad Firdauz....kami sayang sangat awak...semoga Tuhan sentiasa merahmati, melindungimu dari perkara yang tidak baik dan sentiasa memberikan kebahagiaan kepadamu dan semoga jadi anak yang baik buat ibuayah....Aminnn....


Makan-makan kat Sama2 hotel.....











 




Menu kegemaran anak bongsuku, ayam kurma dan sayur kangkung goreng....  Oh...gulai udang tu terpaksa dimasak sebab daun asam gelugur dah nak layu...tak da jual kat sini...hikhik...







P/S:  Nanti nak kasi resepi kegemaran anak bongsuku ini iaitu " Ayam Kurma "...ya...


                 

No comments:

Post a Comment