Sunday 26 January 2014

AYAM MASAK MERAH

Salam siaran,

Asalamualaikum....tengah buat apa tu.  Petang ni rasa rajin ni nak tulis kat sini.  Nak kasi resepi ayam masak merahlah pulak tapi bukan ayam masak sambal tau.  Rasanya beza ayam sambal adalah ianya hanya guna cili kering blender dan serai yang dititik.....nak sedap lagi bolehlah campurkan setengah cawan santan pekat.  Ayam masak merah ada lebih bahan-bahannya iaitu tomato puri, susu cair, rempah, tomato hiris dan kalau suka bolehlah masukkan daun limau purut.  Kalau orang N9 memang tak suka bau daun limau purut tu tau...hikhik....

AYAM MASAK MERAH




Bahan2nya:-

1 ekor ayam  - rendam air asam jawa dan skit tepung gandum.
2 ketul besar kunyit hidup, 4 bawang putih dan 1 inci halia serta
   sebatang serai –hiris bahagian yang putih…..blender  utk goreng  ayam    
   separuh masak.
3 senduk cili kering blender
2 biji bawang besar, 4 bwg putih, 1 inci halia – blender
1 senduk susu cair
1 senduk tomato puri
2 sudu besar  rempah sup adabi
1 biji tomato, ½ cawan minyak utk menumis
Air asam jawa, garam, serbuk lada hitam, gula, rempah kari, tepung gandum.

CARA2 MEMBUATNYA:-

1.  Ayam  yg  telah dibasuh dan tos, gaulkan dgn bahan  blender utk goreng ayam, garam halus, serbuk lada hitam, skit rempah kari dan  skit tepung gandum dan segenggam kelapa parut (jika ada ) lalu digoreng separuh masak.
2.  Gunakan minyak goreng ayam untuk menumis dlm 1/2 cawan.  Tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih yang diblender sampai naik bau,  masukkan garam  secukup rasa.
3.  Masukkan cili kering blender  (lebihkan kalau nak lbh pedas) dan masak sampai terbit minyak, guna api dapur yg perlahan.
4.  Masukkan  serbuk rempah sup, tomato puri, susu cair dan buah tomato yg dihiris kecil, gula ½ sudu kecil.  (Saya masukkan kismis 1 kotak kecil utk beri rasa manis)

5.  Masukkan ayam yg telah digoreng  separuh masak tadi, masak sekejap dan masukkan air 1 cawan,  serta air asam jawa serta kecilkan api biar sampai kuah pekat skit dan perasakan garamnya.   Taburkan skit  bawang goreng  di atasnya…
Petua:  Jgn letak gula terlalu banyak, rasa manis gula yg ketara dlm masakan kurang enak khususnya bagi org N9….hehe…boleh gantikan sos tomato agar rasa lebih manis/kismis/madu
ii. Jika nak masak banyak gandakan  sukatan di atas ya.

No comments:

Post a Comment