Sunday 8 December 2013

MI HAILAM

ASALAMUALAIKUM....

Malam ni masak mi hailam jerr...  Jumaat dah masak nasi beriani, masak lebih sebab Sabtu pagi ada exam...paper Kesihatan.  Lepas exam singgah rumah kakak kat Shah Alam, seksyen 11.  Sebelum singgah dah gi makan tengahari kat  Hot Pindang seksyen 10 dengan anak-anak.  Sampai rumah kakak kena makan tengahari lagi....alaaa...lauk ikan cilipadi...tak mampu nak tolak...hahaha...senak perutlah nampaknyerrr....hikhik...

     Seronok main-main dengan tiga orang cucu kakak...yang dah lama tak jumpa, tak sedar dah petang.  Bila abang ipar balik, suruh masak dulu pulak...hehe...  Terpaksalah tunggu dia gi Tesco beli lauk dan lepas tu masak nasi beriani lagi atas permintaannya dengan lauk beriani kambing, beriani daging, dalca sayur dan sup daging skit untuk cucu kesayangan....hikhik...

Lepas maghrib makan lagi nasi briani lauk kambing, baru balik Klang.  Kat rumah suami pulak dah beli makanan....yong taufu dgn bihun sup untuk isteri kesayangan...haha..  Memang tak larat dah nak makan, melelaplah kat sofa...ngantuk sangat...  Pagi celik mata...suami dah gi kelas, nasi lemak dgn kuih pau dah ada atas meja makan....hehe...  Romantikkan....hikhik...so petang memang dah tak laratlah nak makan nasi lagi....masak milah pulak...mi hailam...hehehe....  Nak resepi tak....cuba ya....

Resepi MI  HAILAM



BAHAN-BAHANNYA:-

1 bungkus spaghetti (3/4 dari sebungkus-takut tak habis)
1 senduk cili kering blender
3 sudu besar sos lada hitam (Puteri)
3 sudu besar sos tiram (Nona)
1 senduk kicap pekat manis
2 biji tomato
1 mangkuk dada ayam-potong dadu
3 biji telur
1 ikat sawi
1 cekak daun bawang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit garam, bawang goreng

CARA-CARA  MEMBUATNYA:-

1.  Rebus spaghetti sampai sangat lembut agar sama dgn mi kuning. (Suami dgn anak2 tak suka mi kuning)
2.  Tumiskan bawang besar hiris, bawang putih yg diketuk, halia hiris dan isi ayam.
3.  Masukkan sedikit garam dan skit serbuk lada hitam, kacau rata.
4.  Masukkan cili kering blender, sos tiram dan sos lada hitam, kicap.
5. Masukkan tomato hiris dan 3 cawan air.  Pecahkan telur dan tutup kuali.
6. Setelah kuah agak pekat sedikit, masukkan spaghetti, sayur sawi sedikit lagi kicap dan tutup semula kuali.
7. Perasakan garam dan masukkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Selamat mencuba ya....

No comments:

Post a Comment