Tuesday 8 October 2013

Stew Daging

Asalamualaikum....,

          Apa khabar semua.  Dah lama sebenarnya masak stew daging dan upload gambarnya kat fb, apa lagi... ada beberapa rakan yg minta resepi tapi...haha...hari ni baru rasa nak tulis dan update blog ni....maaflah ya.  Sebenarnya masa ni beli daging lebih sebab ipar-duai nak datang beraya termasuk mak mertua sekali.  Adik beradik suami sebenarnya ada sepuluh orang, namun yg dapat datang hanya tiga keluarga sahaja.  Cadangnya daging tu nak masak rendang tapi akhirnya tak jadi sebab tarikh tu dah terlajak bulan Syawal....haha...tak jadi nak masak nasi impit cuma masak nasi beriani dengan ayam beriani dan roti bawang putih panggang serta sup cendawan berkrim sahaja serta kek cawan....hehe...  Kek taklah buat ya sebab tak nak kelam-kabutkan.  Sebenarnya siap beli tulang rusuk lembu lagi untuk masak dalca sayur....pun tak sempat, cuma guna daging sahaja dalam dalca sayur tu...hehe..nape agaknya tu ya...  Apa lagi sebab tak merancang dengan sebaik-baiknyalah, kalau bersedia dari awal mesti semua dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Lamakan nak rebus tulang rusuk tu...pressure cooker Amway ada....dalam kotak...hikhik....
          Jadi masak stew daging untuk makan malam Sabtu tu, makan dengan nasi.  Oleh kerana roti Perancis tu banyak, jadilah sarapan pagi Ahad tu roti bawang putih panggang dengan stew daging.  Manakala makan tengahari pula nasi beriani, ayam beriani dan dalca sayur campur daging.  Minum petang pula roti Perancis panggang makan dengan sup cendawan berkrim serta teh tarik.....Lipton...hikhik...
       
          Sebenarnya....hikhik...jangan tak tahu resepi stew ni adalah gabungan resepi masak kicap, resepi black papeer dan resepi masak paprik.  Cuma saya tak suka letak tepung sebab rasanya jadi lain skit.  Kalau masak mi hailam pun boleh guna resepi nih....tapi gunakan sotong sebagai perencah atau isi ayam, jgn lupa daun bawang dan tomato....untuk hilangkan bau hanyir sotong.....















Resepi Stew Daging



Bahan-bahannya:
1 kg daging dihiris nipis
2 in halia, 5ulas bwg putih, 1/2 biji bwg besar - blenderkan
2 senduk cili kering blender
1 senduk serbuk ketumbar + serbuk jintan manis / rempah sup sepeket
2 sudu sos black papeer (Puteri)
2 sudu sos tiram
kicap pekat secukup rasa
1 biji bwg besar belah 4
2 biji tomato belah 4
1 biji cili kapsikum/benggala
2 biji ubi kentang
1 biji karot
sedikit air asam jawa
sedikit garam
2 helai daun limau purut (jika suka)
1 cawan minyak utk menumis
penumis-kkayu manis, blawang, cengkih & bpelaga.
bawang goreng utk hiasan dan hirisan daun bawang.



Cara Membuat:-
1. Panaskan minyak, tumiskan penumis, bawang2+ halia blender, cili merah blender, serbuk ketumbar, serbuk jintan, aneka sos lada hiam, sos tiram, kicap....masak sampai terbit minyak.
2.  Masukkan daging, garam, masak dlm 10 minit, tuangkan air untuk lembutkan daging dan tutup kuali.
3.  Kacau sekali-sekali, jangan biarkan hangus dan masak hingga daging empuk. (tambah air jika daging tak cukup empuk)
4.  Setelah daging empuk masukkan kentang, bawang besar, cili kapsikum, tomato, karot yg dibelah-belah.
5.  Masukkan air asam jawa, kecilkan api biarkan ianya mereneh sampai pekat dan tutup kuali.
6.  Setelah perasakan garam, taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang.

P/S:  Sedap juga dimasak dengan menggunakan ayam yang digoreng separuh masak / tahu goreng campur udang / tahu goreng campur sotong dan cubalah dengan bahan2 lain yang sesuai....memang sedap tau... Sekiranya menggunakan tahu sedap jika dicampur daun kucai dan daun bawang juga tomato.  Selamat mencuba....






No comments:

Post a Comment