Sunday 20 December 2020

PIZZA CENDAWAN DAGING DAN TUNA CRAB

 PIZZA CENDAWAN DAGING DAN TUNA






BAHAN - BAHAN :

600g Tepung gandum
1 paket yis
1 biji telur
Setgh caw susu cair
2 sudu butter
1 biji lemon
1 paket daging kisar RAMLI
1 biji bawang besar hiris
2 biji tomato hiris
1 biji capsikum hijau hiris
1 paket cendawan butang putih atau yg dlm tin - hiris
2 sudu minyak
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk mix herb/ pizza campuran or oregano
2 tin sos pasta Adabi (perasa asli atau tomato)
1 paket parutan cheese mozzarella
2 sudu rempah kurma Adabi
2 sudu tomato puri
Sedikit garam, gula

Bahan tambahan untuk topping tuna:-
1 paket kecil crab stick, mayonaise, jus lemon, nenas dll
2  tin tuna pedas Ayambrand


CARA MEMBUAT DOH PIZZA




1.  Masukkan air suam dalam mangkuk kecil. masukkan sekali yis, susu cair, sedikit gula, tepung satu sudu. Kacau rata sehingga muncul buih di permukaan.
2.  Tuang bancuhan yis ke dalam mangkuk besar yang mengandungi tepung, gaul rata.
3.  Tambah minyak 2 sudu, telur sebiji, susu cair suku cawan, garam, gula dan gaul serta uli 
      rata.  Uli dalam 10 min dan biarkan tepung naik.
4.  Setelah doh kembang, uli lagi sekejap, bahagikan kepada 3 bahagian . Panaskan oven.
5.  Canai doh, leperkan ikut bentuk saiz kaserol.  Sapu butter skit sebelum letak doh yang telah dicanai       atas kaserol dan rehatkan sebentar...

CARA MEMBUAT TOPING PIZZA DAGING




1.  Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali.
2.  Tumis sebelah bawang besar hiris, daging kisar. Cerai-ceraikan daging, masukkan garam, 2 sudu sos
     tomato puri, serbuk lada hitam, rempah kurma juga serbuk pizza campuran sedikit.
3.  Sapu 4 sudu sos pasta Adabi atas doh yang telah dicanai dalam kaserol. Tabur daging kisar 
     yang telah di masak dengan sekata .
4.  Hiaslah dengan hirisan tomato, capsikum, cendawan butang dan sedikit bawang besar.
5.  Akhir sekali taburkan mozarella cheese, serbuk pizza/ mix herb. 
6.  Barulah dibakar suhu 180 darjah C sehingga lapisan bawah pizza agak keperangan dan atas agak 
     perang.  Terus angkat, jangan di bakar terlalu lama kerana lapisan bawah akan keras atau terlalu 
     masak.
     
CARA MEMBUAT TOPING TUNA




1.  Sediakan doh yang telah dicanai seperti di atas dalam kaserol.
2.  Sapu sos pasta Adabi atas doh
3.  Letak tuna yang telah ditumis dengan sedikit bawang besar.
4. Hias dengan hirisan nenas, tomato, cili capsikum/bengala, crab stick, cendawan dan skit bawang 
    besar.
4. Letak mayonaise, dan sedikit jus leman serta taburkan mozarella cheese serta serbuk pizza campuran.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah C.

#  GudLuckStaysafe

No comments:

Post a Comment