Sunday 12 February 2017

Reunion SKPN, SMPN, Pekan Nenas, Johor.

Salam siaran....dan asalamualaikum,
Semoga kita semua sihat, ceria dan bahgia selalu ya...aaminnn yra.


Tengok tajuk kali ni...  Alamak " reunion "..  Tak sangka dapat join sekali lagi reunion kawan-kawan sekolah.  Kali ni reunion dgn kawan-kawan sekolah rendahlah pulak.  Dah lama sangat cari kawan-kawan sekolah rendah ni.  Pernah masa baru-baru kahwin diawal 90an datang beraya ke Pekan Nenas dgn suami dan mak.  Cari kawan-kawan tapi tak jumpa pun. Akhirnya singgah rumah mak angkat mak  di Kampung Dalam, Pontian. Singgah pulak rumah beberapa kawan sekolah rendah di Pontian pun semua dah tiada di kampung. Ibu angkat mak pun dah meninggal, namun anak-anaknya masih ingatkan mak dan menjamu kami dgn mi rebus Johor resepi popular arwah Mak Itam....Al-Fatihah..

Bermula dgn seorang kawan yg namanya Hamidon Khamis terjumpa fbku.  Namun dekat 2 bulan baru si Hamidon ni respon mesej tersebut. Sibuk bebenor beliau ni agaknya haha...  Tqsm pada Midon sbb dapat pertemukan daku pada semua kawan-kawan.  Kemudian dapatlah jumpa semula semua kawan-kawan di group whatsapp.  Bayangkan betapa terujanya dapat bertemu semula kawan-kawan sekolah yang sejak Darjah 5 tak bersua.  Daku bersekolah di SK Pekan Nenas dari Darjah 1 hingga Darjah 5.  Kemudian naik Darjah 6 berpindah pula sekolah di SK Bandar Pontian.  Setahun di Pontian berpindah pula ke Tingkatan 1 ke Sek Men Ghaffar Baba, Masjid Tanah, Melaka.  Kelakau jugak bila ada kawan lelaki yang beritau..." Saya tercari-cari awak di sekolah menengah..."....haha...
Zaman kanak-kanak sungguh indah dan manis untuk dikenang.  Namun terlalu banyak yang tak dapat nak diingat lagi, memandangkan dah terlalu lama....40 tahun...lamakan3x..

Melalui kawan-kawan daku mengutip semula kenangan lalu.  Kawan-kawan kata..." Imah garang sbb anak polislah katakan.  Paling seronok jadi pasukan bola jaring sekolah pada posisi " centre"...hehe..
Punyalah terlalu lama tak bersua menyebabkan daku dah tak boleh ingat ramai kawan, hanya ingat Zainon Ali, Ruziah Ali, Noreha Rahim, Norsaadah, Norsiah.  Norsiah kata...." kan kita mengaji sama-sama..". Yalah mak dan arwah abah dulu ada mengajar mengaji dalam 30 orang budak-budak dari kawasan kampung berhampiran.  Ada banyak kampung di Pekan Nenas.

Pagi 28 Jan 2017 daku dan suami serta 2 orang anak bertolak ke Pekan Nenas dari Pontian.  Bersama sedikit  barang-barang arcopal untuk sumbangan cabutan bertuah juga hadiah untuk acara pertukaran hadiah. Bertempat di Nurfa Farmstay milik salah seorang kawan....Noreha Rahim.  Terlerai rasa rindu pada kawan-kawan zaman kanak-kanak.  Serasa terlalu cepat masa berlalu dan sedih saat berpisah semula.  Semoga hubungan silaturrahim berpanjangan dan berterusan hingga Jannah.  Jam 2 petang daku tergesa-gesa ke Pontian semula menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat sekolah Pontian pula.

29 Jan bersarapan dengan kawan-kawan yang masih menuntut nak jumpa lagi hehe...  Luv uols so muchh.  Terima kaseh Kamariah Kay atas pelbagai buah tangan awak.  Tak terbalas kemurahan hati awak, suami  juga sahabatku Robitah Sujari.  Sedihnyerr...berpisah dgn awak.  Terima kasih Robitah Ita belanja makan malam yang meriah sangat.  Awak terlalu baik.  Dapat kawan baru pula...Aza Norazah....sweet memory.  Kenangan kita sentiasa mekar di hati tqtqtq...  Namun agak terkilan kerana 3 hari di Pontian tak sempat nak menjejak kasih di Pekan Nenas.  Nak sangat mengunjungi SKPN, Balai Polis dan beberapa kawan yang tidak dapat hadir reunion.  Moga Tuhan beri kesempatan agar dapat lagi berkunjung ke sana.  Pekan Nenas....mu tunggu daku datanggggg....hehe....

Terima kasih buat kawan-kawan yang merangkap ajk majlis reunion juga orang kuatnya Puan Pengerusi  Hjh Noreha Rahim. Awak memang yg terbaik Noiii.  Paling best dapat makan nasi beriani Pekan Nenas yg amat daku idamkan.  Macam mengandung lakk hehe...  Tq Zainon Ali, Kay, Roslina, Norleha Sairi, Rosli Shaadan, Aziz, Iza, Yusof dan Hasni yg berusaha keras. Tak lupa juga terima kasih pada yang menyumbang ole-ole cencaluk dari Melaka dan ikan pekasam dari Kedah hehe...Tahniah buat semua..

Diner dgn Robitah and family...tq Ita...




With my dotter 








Cenderahati utk kawan SMPN yg jadi YB kawasan Tanjung Piai
Wee Jeck Seng.

Makanan best....nasi beriani kambing dan ayam...

Amnah kata....Imah susah senyum dlm gambar haha...






Pasukan bola jaring sekolah

Guru-guruku di SKPN
Cikgu Aziz, Talib, guru-guru maktab, Syed Kadir, Razak
Zaini, Pn Rajemah, GB, Khadijah, Nuri 



Robitah & Aza 

Kamariah & hbby belanja sarapan pagi.

Hasni & wife datang agak lewat.





No comments:

Post a Comment