Thursday 22 December 2016

KUIH DANGAI

Asalamualaikum...



Salam siaran.  Aduiiii....lamanyer tak bersiaran dan update my blog hehe...
Kali ni nak tulis resepi kuih dangai ya.  Resepinya so simple. Memang suka sangat kuih ni.
Susah nak beli sebab tak ramai yang jual.  Kadang-kadang ada jual di pasar malam.  Tu yang sanggup nak buat tu sebab nak makan sangat.  Tak jumpa orang jual so terpaksalah buat sendiri ya...

Nak ceritalah skit pengalaman pertama kali buat kuih ni.  Mula-mula buat siap terbayang difikiran nak bakar guna kuali ajaib.  Kuali tu mesti boleh hasilkan kuih dangai yang garing dan sedap.
Namun baru 10 minit bakar dah bau macam hangus.  Rupanya cepat hangus kuih tu.  Kena gunakan api kecik je..  Kuali tu panas kuat.  Walaubagaimanapun permukaan atasnya putih macam tak masak lagi.  Patutnya kena terbalikkan kuih tu ya....untuk masak permukaan atas tu.

Tulah kalau perkara nak jadi....nak kata apa.  Punyalah nak jadi cerita pergi letak pulak kuali ajaib tu dalam oven dan bukalah api sebelah atas.  Tiba-tiba....oven macam meletup tapi tak kuat dan terpadam...maybe short circuit kot.  Langsunglah rosak oven tu.  Terpaksa hbby hantar baiki...aduiiii....  Sabar jelah...  Tulah citernya pengalaman first time buat kuih dangai...ahahaha....

Sib baik sebelum oven meletup tu sempat pulak bakar kuih tu separuh lagi guna acuan muffin dan masuk oven tu.  Jadi merasalah kuih dangai yang betul2 sedap dan wangi tu ya..  Minta maaf sebab
terlupa nak amik gambar kuih yang rentung dalam kuali ajaib tu...hehe....

RESEPI KUIH DANGAI



Bahan-Bahannya:-

4 cawan kelapa parut (yg muda dan bhg putih shj)
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula pasir
sedikit garam

Cara-Cara Membuatnya:-
1.  Masukkan kelapa parut dan tepung pulut dalam mangkuk.  Masukkan garam.
2.  Gaul rata.
3.  Taburkan sedikit adunan di lapisan bawah agar tidak melekat.
4.  Kemudian baru masukkan gula dalam adunan tepung dan gaul rata. Leraikan jangan
     sampai berketul.
5.  Masukkan dalam acuan dan bakar dengan suhu 160 darjah celsius, menggunakan
     api atas dan bawah serentak.
6.  Setelah kelihatan berwarna sedikit perang bolehlah diangkat ya...
   

 P/S:  Selamat mencuba....
 Petua:  Jangan terlalu byk gula kerana akan menyebabkan adunan basah dan berketul-ketul.
                  Kuih jadi tak cantik.




   

No comments:

Post a Comment