Tuesday 27 November 2012

Resepi Kek Marble

Salam siaran,

Hari nii...tak nak banyak celoteh  nak tulis terus resepi-resepi yang selalu sangat kawan-kawan nak. Dah penat layan mereka dan tulis satu-satu resepi, ada tu sampai tiga kali kita tuliskan resepi untuk dia tapi tak buat-buat juga dan balik-balik resepinya hilang hehe...  Sampai saya dah tak nak tuliskan dia resepi tu hahaha....kelakar betul  kawan tu. Tapi bila dia merayu-rayu habihlah...cair hati dibuatnya, layan jugak. Oklah selalu sangat kawan-kawan minta resepi 3 jenis kek nii...kek karot, kek coklat dan kek marble yang warna-warni.


Resepi Kek Marble

Bahan-bahannya:

200g tepung gandum....................
1 sudu kecil baking powder..........   } diayak bersama
1/2 sudu kecil soda bokarbonat....
200g gula aising
250g buttercup
6 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat.
strawberry paste
pandan paste
serbuk koko 1/2 cawan

Kaedah menyediakannya:

1.  Asingkan putih telur dan kuningnya.  Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan  mixer sampai betul-betul kembang.
2.  Setelah kembang ketepikan , dalam mangkuk lain pukul buttercup dan gula, gunakan hanya sudip kayu.....pukul sampai kembang skit.  Masukkan kuning telur skit-skit sambil gaul rata sampai kuning telur habis.
3.  Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil gaul rata sampai habis.....dan esen vanila serta susu pekat...gaul lagi hingga sebati.  Masukkan putih telur yg telah dipukul tadi....gaul rata...
4.  Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.  Bancuhkan setiap bahagian dengan pewarna/perasa masing-masing merah (strawberry), hijau (pandan ) dan coklat.
5.  Kemudian lanserkan loyang dengan sedikit butter dan taburkan tepung sedikit.
6.  Tuangkan adunan dua senduk, diikuti dengan selang-seli warna sebanyak dua senduk juga hingga  adunan habis dan rata.  Misalnya bermula dengan warna merah, kemudian letak warna coklat di atas warna merah, diikuti warna hijau di atas warna coklat dan seterusnya..... Hentakkan sedikit loyang agar adunan merata perlahan-lahan.  
7.  Akhir sekali buatkan corak gunakan hujung sudu/garfu...buat pecah lapan bermula dari luar ke arah dalam.
8  Bakar dengan suhu 180 darjah celsius.

P/s :  Kek ini adalah adunan  asas, boleh juga buat kek Oren juga Marble Coklat dengan adunan yang sama.  Untuk kek oren tambahkan parutan kulit oren dan perahan jus oren 1/2 cawan.  Manakala bagi kek marble coklat bahagikan adunan kepada dua bahagian  sahaja iaitu adunan asal dan adunan coklat dengan mengunakan serbuk koko/cooking coklat yang dicairkan dalam 60g.
* Bagi kek marble warna-warni yang sedap, usah guna bahan pewarna tapi gunakan bahan pewarna yang ada perasa.  Terdapat juga cooking coklat yang pelbagai perasa seperti strawberry, oren, lemon....dll...bolehlah cuba....








Kek marble coklat /muffin marble 







No comments:

Post a Comment