Saturday 23 June 2012

ASAM PEDAS IKAN PARI


  Asalamualaikum..., hari ni...nak tulis resepi asam pedas.  Saya ni...bukan anak jati Johor atau Melaka, jadi...

   

tak pandai sangat masak asam pedas ni...  Tapi melalui pengalaman cuba-cubalah buat eksperimen mcmmana nak jadikan asam pedas yang sedap.  Ada suatu ketika tu, saya terkejut beruk...bila suami kata
' asam pedas awk dah tak sedapla....'.  Nape ya..., tak faham betul....walhal saya rasa resepi tu sama je.., dan suami asyik minta masak kari.  Namun saya rasa dia muak dengan masak asam pedas tu, sebab bila dah lama-lama...masak semula asam pedas, boleh nampak cara dia makan tu....sedap ke tidak.  Ya...lah...kalau dia kata tak sedap...tapi makan sampai tiga kali tambah tu...mcmmana tu....sedaplah kan...hehe....

  Ada pelbagai cara  masak asam pedas ni...samada tumis atau rebus sahaja.  Apa-apa hal saya akan masak ilut selera kegemaran famili iaitu masak cara tumis dan kuah yang agak pekat.  Rupanya...rasa masakan ni pun boleh dipelbagaikan.  Misalnya hari ni kita masak asam pedas guna perasa daun kesum dan bunga kantan, lain hari guna pulak perasa daun limau purut ....rasanya amat berbeza tau...bolehlah cuba.

  Kalau nak masak asam pedas ayam pula, pastikan ayamnya digoreng terlebih dahulu dgn ramuan yang pernah saya ajar sebelum ni....  Iaitu ayam digaul dgn skit rempah, serbuk lada hitam, bahan-bahan blender
(kunyit, halia, serai, bawang putih dan bawang merah kecil), serta sedikit garam halus.  Gorenglah separuh masak....kenalah rajin skit ya...lecehkan....  Tapi hasilnya amat berbeza jika dibandingkan kalau ayam tu tak digoreng...bau pun tak sedap...hehe...  Jangan terkejut kalau tgok anak-anak makan nanti ....asam pedas ayam awkk tu....hehe...lagilah kalau letak serai, daun kesum banyak-banyak serta bawang goreng....haha...

 

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan

8 keping ikan pari (yg telah direndam dgn air asam jawa dan dibersihkan)
1 in halia, seketul besar kunyit hidup,
sedikit serbuk lada hitam, 1 sudu kecil halba,
3 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah kecil,
1 btg serai-diketuk
cili kering blender 3 senduk,
6 tangkai daun kesum-petik daun tu sehelai2 dan rendam
2 kuntum bunga kantan
1 biji tomato
sedikit air asam jawa dan
sedikit garam
3 cawan air
minyak secukupnya untuk menumis

Kaedah menyediakannya

1.  Blenderkan bawang putih, bawang merah kecil, halia, kunyit hidup.
2.  Pijarkan 1/2 cwn minyak , setelah betul2 panas...tumiskan bahan blender, hirisan bawang besar sebiji,
     serai yg telah diketuk dan halba.
3.  Kemudian masukkan cili kering blender, dan masak sampai terbit minyak.
4.  Masukkan ikan, sedikit garam dan serbuk lada hitam.
5.  Masukkan pula buah tomato yg dibelah lapan, setelah beberapa minit sehingga ikan diresapi
     oleh cili dllnya.
6.  Masukkan air asam jawa, air secukupnya sampai menengelamkan semua ikan dan masaklah sehingga
     kuah betul-betul masak, iaitu menjadi pekat dan terbit minyak.
7.  Akhirnya masukkan daun kesum, bunga kantan yg dibelah dua serta taburkan bawang goreng....dan
     kecilkan api dan biarkan sebentar lagi..dan perasakan garamnya....

P/S :  Maaflah...asam pedas saya ni tak da bendi, bukan apa....che abg saya tu kata...jgnlah letak bendi
          sbb ianya akan menyebabkan kuah asam pedas tu jadi cair....ya ke..., rasanya tak....  Alaa....
          tak taulah....layan jerrlah ya....hehe...., so...kalau suka letaklah bendi tu, tak pun buatlah bendi goreng
          bercili....mamak stail....haha...mcm2 ya...  (Kepekatan kuah tu bergantung pada banyaknya cili
          kering blender...rasanya...)
          Selamat memasak ya...  Sekian....wassalam...

No comments:

Post a Comment